Skip to main content

Posts

Sakit dan Ubat

Bismillah Alarm berbunyi … suara cik’zu (alarm sound ialah rakaman nyanyian Zulaika, anak Ain) menceriakan pagi yang masih gelap. I terdaya untuk senyapkan alarm tetapi tiada upaya untuk bangun. Satu badan terasa letih, macamlah semalam mendaki gunung.  Teringat pula pengalaman mendaki gunung … bila pagi tak boleh nak gerakkan kaki dan tangan (ha ha ha …) OK hari ini saya sakit. Ampun ya Allah …. Sedih betul bila tidak larat untuk subuh di masjid. Memanglah belum ke tahap merangkak tetapi nak berjalan ke kereta pun rasa macam tak terdaya. Ampun ya Allah I mengambil masa yang sangat lama untuk mandi, ialah … maklum, bila sakit kita rasakan inilah kali terakhir kita mandi sendiri, lepas ni orang lain pula yang mandikan I. Teringat pula hari Jumaat sebelum ini tak sempat nak potong kuku, hari ini hari Isnin – taknak lah pula meninggal dengan kuku yang tidak kemas. Ampun ya Allah Selepas subuh I baring lagi di atas katil. Hantar message kepada boss, mengataka...

doa untuk kaya raya

Bismillah Hari ini breakfast dengan boss, boss belanja secawan susu kambing (terlebih manis) sepatutnya lazat dan menyehatkan tetapi adik manis di gerai air itu berpendapat susu lebih sedap bila dicampur gula – Ampun! … ini membuatkan I masih kuat berpendapat adalah tidak patut ‘beli’ minuman di kedai. Kita bicara tentang kemurahan rezeki … Boss risaukan duit yang tak pernah cukup, bagaimana pula hendak menguruskan kekayaan. I ingat, I nak tanya satu soalan; “ sejak bila duit ini cukup? ” Contoh yang tidak jauh daripada kita sangat jelas bagaimana orang kaya hutangnya besar juga. Sepatutnya bahagialah kita yang tidak cukup2 modal tetapi tidak berhutang di sana sini kecuali rumah dan kereta. Sebelum I nak mengajar orang tentang teknik berdoa atau ‘money magnet’ , I suka juga nak tahu tentang kesungguhan kita kepada kehendak kita. Contoh; katalah kita nak minta sesuatu pada mak kita (dulu). Bukankah mengikut logic akal kita akan pada sedikit masa sebelum menganj...

Al Quraish

Bismillah masih basah dalam ingatan – seminggu yang lalu, beramai-ramai mengikuti program Quran Hour di Masjid Sultan Iskandar di Bandar Dato Onn.  Cantiknya masjid .. walaupun hanya duduk dikaki lima (sebab masjid penuh) tetap terasa kemegahan tersergamnya masjid tersebut. Tetapi yang sangat berkesan pada hati ialah surah Al Quraish (106) yang dihuraikan pagi itu. Sebelum ini sudah beratus kali surah ini di baca malah mungkin mencapai bilangan ribu selama kehidupan setengah abad ini.  Pagi itu, surah yang mengandungi empat ayat sahaja itu transform menjadi sekuntum bunga yang mekar, merah dan mewangi. Pulang daripada Masjid Sultan Iskandar pagi itu, I menjadi hamba yang lebih baik lagi.  Cuba you baca surah itu,  mungkin you boleh menghabiskan satu surah itu senafas – mudah dan mesra sahaja surah ini pada naluri kita kan, kann. Satu, kelebihan Juz Ammar ini ialah ringan pada sebutan – kerana itulah yang sebenarnya kehendak Allah SWT untu...

Kehebatan 'Bismillah'

Bismillah Hari ini, suasana di Pejabat – senyap. Berpatutan bila bekerja di antara cuti. Semalam cuti Hari Kemerdekaan dan esok pula hujung minggu. Ramai yang mengambil peluang untuk bercuti panjang. I menjangkakan hari ini I akan sempat menulis surat untuk Marieah (my daughter). Orang yang terlalu rindukan I, terlalu perlukan kata-kata yang baik, maklum dia sedang menduduki trial untuk SPM. Hari ini Add Math. Pukul 9, sementara rupa wajah Aziz belum kelihatan. Boss sudah telefon daripada kampong halaman (dia, cuti). Ada ‘event’ dan dewan belum siap. ish ish ish … hari itu kata tak comfirm, hari ini jadi lah pula! kita pun mulakan dengan ‘ bismillah …’ (breakfast on hold).  I perasan bahawa I kini sudah bertambah tenang. ‘orang’ memang senang nak panic sebab bila kita merancang kita HENDAK rancangan kita berjalan lancar seperti yang kita perihalkan dalam doa kita selepas solat subuh tadi. Especially bab kerja, sebab kita percaya ini adalah kerjaya kita dan Al...

Al Kauthar 108: 2

Bismillah Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).   Surah Al Kauthar 108:2 hari ini I akan bercakap tentang isu ‘ibadah korban’ Peringatan untuk  diri sendiri, yang selama ini ikut sukahati nak buat atau taknak melaksanakan ibadah korban.  bila menjelang aidil adha – bila di ajak kawan2 atau adik beradik, atau mak … I ambil ringan. Jika waktu di war2kan isu korban, I akan tengok apa yang ada dalam saku. I ambillah satu bahagian. Selalunya I ini mencukupkan bilang. Ada satu bahagian kurang, I suka dan relalah mencukupkannya.  Atas alasan, kesian. I suka hendak meringankan orang2 lain yang bersungguh2 hendak melakukan ibadah.  I berkorban, bukan sebab nak berkorban …  Ampun ya Allah. RUGI! RUGI! RUGI! Sedikitnya ilmu selama ini, I tidak merasakan itu kewajiban diri … hari ini, bila memikirkannya I pun ‘hilang punca’ mengapakan I lalai.  Walaupun sebe...

Surah Yunus ayat 57

Bismillah Petang; coffee break (tanpa kopi) Kita kan selalu solat, kita selalu berdoa, kita selalu berkata-kata dengan Allah … kita juga maklum bahawa Allah SWT tu Maha Mendengar, Maha Mengetahui dan Allah itu memberi petunjuk dan membimbing hamba-hambaNya yang taat Soalan; Bilakah Allah berkata-kata dengan kita? atau jawab ‘persoalan’ kita? Atau, memberi petunjuk dan membimbing kepada kita? Allah SWT sebenarnya sentiasa menjawab doa kita, sentiasa membimbing dan memberi petunjuk kepada kita dan kadang-kadang kita tidak minta petunjuk pun, kadang-kadang kita tidak berdoa pun tetapi Allah menjawab doa orang lain untuk kita, Allah membimbing kita, merahmati kita hanya kerana kasih sayangNya. Soalan lagi; Maka, mengapa kita tidak dengar jawapan atau nampak bimbingan daripada Allah? Perasankan kadang2 dalam solat bila kita membaca surah lazim selepas Al Fatihah.  Selalunya kita tidak merancang, sebab solat itu perbuatan sambilan dan surah-surah y...

Surah Al Anfal : Tasbih

Isnin 2 Bismillah Soalan; bagaimana hendak menghilangkan ‘ngantuk’ di pejabat? apapun I mesti tidur lebih cepat esok!!! Sementara itu, sementara nak tunggu 12.30pm (lagi satu jam) sebelum I boleh menghilangkan  diri di surau, I nak berjalan untuk Negara! Bye! selepas 15 minit dan 757 langkah kemudian. Less sleepy, Alhamdulillah. Masa berjalan tadi, terserempak dengan boss dan tasbih. Pagi tadi Nampak syikin dan tasbih … hmm macam nak sebut pasal tasbih. Surah Al Anfal 8:2 sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah GEMENTAR hatinya dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka bertambah IMANnya dan hanya kepada Tuhan mereka BERTAWAKAL Sepanjang pagi I cuba men’tadabbur & Tazakkur’kan ayat di atas; Benar, soal hati. Soal iman dan tawakal itu adalah urusan hati tetapi apa yang ada di dalam hati itu akan terserlah diwajah, pada perbuatan, perkataan …  hari ini I Nampak tasbih dan hati I...