Skip to main content

the map is not the territory

bila kita melihat awan hitam - kita katakan hari akan hujan
bila kita terserempak dengan traffic jam - kita kata mesti ada accident
bila tengok budak minta sedekah, kita kata ini sindicate 

bila perempuan itu kawin dengan suami orang - kita kata mestilah dia tu tak baik

dalam sehari, dua tiga kali kita buat pesepsi2 begini dan semasa membuat pesepsi begini kita tidak rasa bersalah. kadang-kadang kita bergurau sahaja ... bayangkan tengahari itu sebuah keluarga keluar makan tengahari disebuah kedai, sangat puas hati kerana sedap. tetapi selepas sampai di rumah semua ahli keluarga tertidur. selepas bangun daripada tidur sudah jam 2 petang, maksudnya terlepas azan zohor. ibunya sambil mengejukkan anak-anak berkata "makanan di kedai tadi ada dadah kot, sampai terlajak kita semua untuk solat di surau"
tidak dia perasan dalam gurauannya, membawanya ke lembah kemungkaran.

kesian. banyak pahala kebaikan daripada amalan yang sentiasa diperliharanya tetapi semuanya telah pun di hadiahkan kepada orang-orang yang tidak pun menyakitinya. alangkah rugi ...

ada di ceritakan di dalam al quran betapa orang-orang begini akan terperanjat di mahsyar nanti melihatkan bukit-bukit pahala kebaikannya sedikit demi sedikit di bagi-bagikan kepada orang ramai. tetapi memang terlalu sedikit yang mengambil pengajaran.

pada gurauan-gurauan kita yang terlampau itu pula, kita akan bertanya buku amalan yang macamana ini, semua perkara-perkara yang remeh pun diambil kira?

I ni juga mengingatkan diri sendiri. dah belajar. bahawa the map is not the territory. hari ini I berazam untuk berubah. untuk tidak terburu-buru membuat 'sangkaan' walaupun kebiasaannya begitu. kerana keupayaan Allah itu diluar kefahaman kita. 

bayangkan bila seorang janda muda bernikah semula dengan suami orang.
Isteri orang itu dapat kebaikan kerana meletakkan reda di atas daripada kepentingan diri atau dia akan belajar untuk mencipta bahagia dengan hanya Allah. Janda muda ini happy dapat suami tempat menumpang kasih. Anak kecilnya happy dapat bapa yang akan memerliharanya. Encik suami happy dapat isteri muda ... kita? kita dapat dosa sebab persepsi-pesepsi yang tidak bijaksana yang kita sendiri tempah untuk kesudahan yang tidak baik.


bagaimana persepsi kita bila ada seorang perempuan membuat pengakuan bahawa dia adalah seorang isteri ke empat.

sepertimana pula sangkaan kita bila kita dapat berita kawan baik kita ini dimadukan oleh suaminya atau diceraikan

Baiknya Allah, selagi belum di ambil nyawa ini kita boleh bertaubat. semoga Allah mengampunkan dan menjauhkan kita daripada kegemaran bersangka apa yang tidak kita ketahui.
esok kita lebih memerlihara diri daripada bersangka2. bolehkan ... 

pada yang pernah buat, tidak bersangka-sangka. you akan perasan bahawa roh kita sebenarnya lebih ringan daripada sebelumnya. sekiranya tidak pernah, boleh try ... try buat selama 7 hari, 21 hari, 40 hari ... amazing perubahan yang akan kita rasakan. kita akan lebih senang hati, dan semua orang kelihatan lebih baik, you seolah-olah sudah merasa kehidupan di syurga ketika masih di dunia lagi. best kan 

cikgu I kata, ahli syurga itu mendapatkan syurganya ketika di dunia lagi ... fikir2kanlah.

selamat malam 

Comments

Popular posts from this blog

melukut di tepi gantang

Hari ini terasa nak guna peribahasa ‘melukut di tepi gantang’ I tahu maksudnya, samalah seperti kata orang ‘masuk tak penuh, keluar pula tak luak’ orang sekarang kata ‘terlebih sudu’ maksudnya; tidak diperlukan tapi sebelum I gunakan peribahasa itu, I terfikir apakah ‘melukut’ ?  kita ni kadang2 sedap bercakap sahaja tetapi tidak periksa apakah yang kita perkatakan. Ustaz I kata, setiap butir perkataan kita itu direkodkan dan kita akan ditanya di Mahsyar kelak tentang semua  yang kita perkatakan. Bukan hadis dan Al Quran sahaja yang kita nak kena verify … semua kata-kata pun bagi orang yang mengaku beriman, nak kena jaga. I kenal ‘gantang’. Gantang adalah ukuran capacity 4 cupak iaitu lebih kurang 3kg. Beras kalau 3 kilo bagi I banyak, sebab I beli beras sekilo sahaja dan boleh bertahan 2 bulan. Maksudnya mewahlah ukuran gantang itu. I pun google search maksud ‘melukut’ … Ampun ya Allah Melukut ini maksudnya ‘ broken rice grain’ , beras hancu...

Amalan setiap malam sebelum tidur, Surah Al Mulk

Bismillah Lama, I duduk diam. Perhati dan berfikir. Antara dua perkara yang Allah suka jika kita amalkan tetapi kebanyakan kita tak suka buat … lama, I duduk diam dan relate (mengaitkan) perkara2 yang   lalu lintas pada pendengaran, penglihatan dan hati dengan Al Quran dan vice versa – iaitu, Al Quran dengan apa2 yang di alami melalui pancaindera. Kebanyakan orang sudah tidak biasa, duduk diam dan merasa, merasa dan relate. Relate dan mengambil pengajaran. Cikgu I kata, “keep the lesson …” Kebanyakkan kita secepat merasa itulah akan berkata2.   Sangat cepat nak kongsi pendapat dan tekan butang ‘send’. Dunia sekarang semua orang suka berpendapat, cepat bereaksi   dan sangat suka mengulas … bahaya ! dan I, sejak I belajar tadabbur dan tazzakur ini. I buat tadabbur satu persatu, I tazzakur pula perlahan2 dan tidak publish. Sebab tujuan utama kita bertadabbur dan tazzakur ini ialah untuk beramal dengan ayat2 Al Quran.  Bila beramal pula buka...

Qalbun Saleem

Cara terbaik untuk celebrate birthday orang tersayang ...  lama tidak ke Imuslim untuk belajar kelas berbayar mahu pun percuma, tetapi - hari ini special sebab birthday Ibrahim Topik hari ini best - Qalbun Saleem.  Kawan-kawan, akan tiba satu hari nanti ... di mana harta benda dan ahli keluarga tidak akan dapat menyelamatkan diri kita KECUALI bagi orang-orang yang beriman; yang memiliki hati yang bersih (Qalbun Saleem); yang sentiasa ingat kepada Allah (berdiri, duduk dan baring) yang sentiasa meminta keampunan daripada Allah berdoa supaya terperlihara daripada azab api neraka. (rujuk surah Al Imran; ayat 10, 16 & 17) Soalannya, apakah kita memiliki hati yang bersih ini? hati yang bersih ini kita perlukan bila kita berdiri di hari pembalasan esok. maknanya, hari ini tak perlu sangatlah.  Bak kata Sheikh itu semalam, kepada Allah - tidak mendatangkan apa-apa mudarat kepadaNya samada kita percaya kepada Allah atau tidak. Samada kita taat atau tidak ... ata...