Skip to main content

Posts

Amalan setiap malam sebelum tidur, Surah Al Mulk

Bismillah Lama, I duduk diam. Perhati dan berfikir. Antara dua perkara yang Allah suka jika kita amalkan tetapi kebanyakan kita tak suka buat … lama, I duduk diam dan relate (mengaitkan) perkara2 yang   lalu lintas pada pendengaran, penglihatan dan hati dengan Al Quran dan vice versa – iaitu, Al Quran dengan apa2 yang di alami melalui pancaindera. Kebanyakan orang sudah tidak biasa, duduk diam dan merasa, merasa dan relate. Relate dan mengambil pengajaran. Cikgu I kata, “keep the lesson …” Kebanyakkan kita secepat merasa itulah akan berkata2.   Sangat cepat nak kongsi pendapat dan tekan butang ‘send’. Dunia sekarang semua orang suka berpendapat, cepat bereaksi   dan sangat suka mengulas … bahaya ! dan I, sejak I belajar tadabbur dan tazzakur ini. I buat tadabbur satu persatu, I tazzakur pula perlahan2 dan tidak publish. Sebab tujuan utama kita bertadabbur dan tazzakur ini ialah untuk beramal dengan ayat2 Al Quran.  Bila beramal pula buka...
Recent posts

to die with lesser belonging

Bismillah … dulu-dulu saya suka membaca, sejak daripada kecil. Kegemaran I ialah membaca. Hampir setiap hujung minggu dan cuti sekolah menjadi lazim akan berkampung di Library. Masa tu Perpustakaan Awam Kajang. FYI – I adalah perpustakawan di sekolah rendah dan sekolah menengah. Bila dah besar sikit, dah pandai pergi KL. My sister and I akan rent books yang banyak kat tepi2 jalan tu. Dengan syarat always pulangkan on time supaya kita dapat balik duit kita … masa di kolej, saya punch kad di library. 8am dan balik bila library tutup jam 10 malam. Kerja I keluar masuk library untuk attend class. I wonder why orang belajar kat bilik hostel – tak ada air cond kan. Favourite place kat library ialah reference section, sebab tak ramai orang. Bila tidak buat homework atau study … I akan suka membaca. Like I have the whole time for myself I can read anything I want, I can. masa tu … pesta buku dan sales DBP adalah heaven. Masa study dah ada duit – boleh beli buku. maka, I ada banyak ...

Amalan Ziarah Perkuburan

Bismillah Lately   I selalu mengingatkan diri I sendiri – bahawa; I akan mati … dan mungkin lagi dua hari setengah.  FYI – setiap pagi I akan menjalani aktiviti berenang dan antara pemandangan wajib ialah masjid dan tanah perkuburan. Pada masa2 yang I berhenti seketika, rehat. I akan perhatikan tapak2 kubur yang baru. Selalu juga mengira2 lokasi kubur sendiri. Bila ingat mati ni, akan terkenang pula amalan yang tak seberapa pada diri sendiri. Sambil berenang semula – mengarang2 pula apakah amalan yang hendak ditingkatkan. Apa pula amal yang tidak molek yang hendak ditinggalkan. Sesekali terlihat juga waris yang menziarahi kubur, resam orang kita – membaca ayat2 al quran. Pada kejauhan pemandangan I – tidak boleh dipastikan apakah bacaan mereka. Mungkin Surah Yasin sebab surah yang hebat itu selalunya ada dibukukan. Tidaklah payah untuk membawa senaskah Quran.  Masa itu juga, I akan berdoa –  janganlah anak cucu I nanti baca Quran di kubur, sedih...

An Nisa 142

bismillah ...  semalam migraine, seharian. Yang memotivasikan  untuk bangun pagi tadi hanyalah kerana I berjanji boleh tidur semula selepas solat subuh - dan, selalunya bila sakit - I minta Allah bagi hadiah kerana I sabar menjalani sakit (kononnya). Alhamdulillah, kerana sifat kasih Allah itu melebihi daripada apapun maka, sebagai hadiah yang I nampak ialah ayat 142 surah An Nisa yang singgah pada bacaan pagi tadi. Verily, the hypocrites seek to deceive Allâh, but it is He Who deceives them. And when they stand up for As-Salât (the prayer), they stand with laziness and to be seen of men, and they do not remember Allâh but little. (4:142)   maka, hari ini - I minta ampun banyak-banyak kerana I lah orang yang solat tetapi lalai. I tahu bahawa solat itu adalah ibadah yang sangat amazing, I maklum tentang kelebihan rukuk dan sujud ... ehem, I yang juga mengajar tentang solat. I faham apa yang baca dalam solat tetapi I jugalah yang ke sana dan ke mari dalam solat....

Sabar

Bismillah kita biasa dengar betapa hebatnya 'sabar' dalam kehidupan ini. kita juga selalu memuji sifat sabar bila diterjemahkan oleh orang lain, lebih2 lagi jika kita yang berjaya untuk bersabar. Dan kita juga sedia maklum bagaimana sukar untuk menempatkan sabar pada masa2 yang diperlukan ...  I secara peribadi sangat suka untuk bersabar ( walaupun kena berjuang habis2an ) kerana I tahu ganjaran besar yang Allah SWT sediakan untuk hamba2Nya yang bersabar. ( Bila I kata suka, bukan maksudnya I mahir kepada sifat ini tetapi I sangat2 berusaha untuk menjadikannya sebagai character diri ) Selalunya I mengambil ketetapan untuk bersabar pada perkara2 yang mendatang. Seperti apabila berhadapan dengan orang yang kurang berpengetahuan. Apabila bercakap dengan orang yang marah atau bila orang lain cuba membuatkan I marah ... bila mana sakit dan kehilangan sesuatu.  Bila I boleh bersabar, rasa macam menang. Rasa macam dah accomplish satu lagi darjat. Alhamdulillah. Tetapi pada s...

Berinteraksi dengan Al Quran

Bismillah Cuba hendak tidur tetapi luar biasa aktiviti malam ini menjadikan mata tidak mengantuk. Tadi keluar menjemput ustaz yang tiba dari Kuala Lumpur untuk program di UTM esok. Sudah seminggu berpuasa, menjalani Ramadan. Bagaimana? Bagaimana dengan hubungan kita dengan Al Quran. Ustaz I pesan supaya setiap Ramadan, kita buka Al Quran seolah-olah inilah kali pertama kita berinteraksi dengannya.  FYI, bila dikatakan BERINTERAKSI – maka tentulah ianya melibatkan hubungan dua hala. Macam bila I berinteraksi dengan you, maksudnya tentulah apa-apa yang lakukan dengan you ada balasan balik daripada pihak yang satu lagi. Macam dialog, tak jadi jika monolog. Sudah bertahun-tahun kita lalui Ramadan dengan tekun membaca Al Quran, hendak-hendaknya kita pula ada niat untuk Khatam Al Quran ini setidak-tidaknya sekali. Hendak khatam dengan majlis2 khatam Al Quran yang akan diadakan pada sepuluh malam terakhir Ramadan. Alangkah … Sepatutnya Al Quran yang 600 muka dan...

last day at the office

Bismillah Hari ini adalah hari terakhir di pejabat (1 August 2016 – 31 May 2017)… Masih ingat lagi, hari pertama menjawat jawatan di sini – Sembilan bulan yang lalu. Ya Allah Sembilan bulan sudah, rasa macam sekejab sahaja. Begitulah masa kan … jika kita tidak awas. Tiba-tiba sahaja nanti kita dah tua … Tiba-tiba “rumput sudah lebih tinggi dari lalang …” perumpamaan ini sebenarnya sangat tajam, I memang sangat kagum dengan kebijasanaan orang yang boleh mengulas peribahasa sehinggakan sindiran yang tajam itu tetap lembut bila berbutir dengan kata-kata. Maka, kita yang kemudian ini sepatutnyalah belajar sedikit sebanyak untuk menghargainya. Walau bagaimanapun … Hari ini adalah hari terakhir, apa yang melekat sungguh pada sanubari I ialah surau yang luas dan bersih dan sangat selesa di Bangunan Sultan Iskandar ini. Pengguna bangunan ini selesa, malah tetamu yang keluar masuk daripada negara tercinta ini juga dapat merasai nikmat beribadah … Lagi satu … panel kaca ...