Skip to main content

to die with lesser belonging


Bismillah …

dulu-dulu
saya suka membaca, sejak daripada kecil. Kegemaran I ialah membaca. Hampir setiap hujung minggu dan cuti sekolah menjadi lazim akan berkampung di Library. Masa tu Perpustakaan Awam Kajang. FYI – I adalah perpustakawan di sekolah rendah dan sekolah menengah.

Bila dah besar sikit, dah pandai pergi KL. My sister and I akan rent books yang banyak kat tepi2 jalan tu. Dengan syarat always pulangkan on time supaya kita dapat balik duit kita …

masa di kolej, saya punch kad di library. 8am dan balik bila library tutup jam 10 malam. Kerja I keluar masuk library untuk attend class. I wonder why orang belajar kat bilik hostel – tak ada air cond kan.

Favourite place kat library ialah reference section, sebab tak ramai orang. Bila tidak buat homework atau study … I akan suka membaca. Like I have the whole time for myself I can read anything I want, I can.
masa tu … pesta buku dan sales DBP adalah heaven. Masa study dah ada duit – boleh beli buku.

maka, I ada banyak buku di rumah walaupun I dah pindah beberapa kali dan dah bagi buku ke banyak library.

akhirnya I pun tua ...
mata pun dah tak awas membaca. dan apabila I jumpa Al Quran, sebenar Al Quran. Tidaklah ada bahan bacaan yang lebih menarik kepada jiwa  … 
DAN, I ingat jika I baca quran ini tiap2 hari, mungkin sampai mati pun tak sempat nak katam.

lagi pun, rumah sekarang sangat kecil – bilik tidur pun hanya muat sebuah katil. Living area cuma boleh letak satu 3 seater sofa. 

Manalah I nak letak buku2 yang banyak ini, kat rumah mak pun I menumpang satu wall book shelf. Mak pun dah start complain sebab katanya dulu tumpang tapi sampai sekarang masih menumpang.

seingat I , dah lebih 2 tahun I tak pegang buku2 tu selain drp Tafsir dan Al Quran. Tafsir pun ada yang I dah bagi ke rumah ngaji, buku sirah, buku hadis pun dah pernah bagi.

so – dalam mission to die with lesser belonging, I ingat for the last time I nak give away all my books

In case you are reading this, and you berminat nak baca buku. come and collect. Or bagi I
RM10 postage so that I can post some books to you.

buku2 ini telah banyak memberikan I pengetahuan - supaya ia mendatangkan manfaat kepada orang lain juga daripada mengumpul habuk di rak buku ini. 



- to die with lesser belonging.




Comments

Popular posts from this blog

melukut di tepi gantang

Hari ini terasa nak guna peribahasa ‘melukut di tepi gantang’ I tahu maksudnya, samalah seperti kata orang ‘masuk tak penuh, keluar pula tak luak’ orang sekarang kata ‘terlebih sudu’ maksudnya; tidak diperlukan tapi sebelum I gunakan peribahasa itu, I terfikir apakah ‘melukut’ ?  kita ni kadang2 sedap bercakap sahaja tetapi tidak periksa apakah yang kita perkatakan. Ustaz I kata, setiap butir perkataan kita itu direkodkan dan kita akan ditanya di Mahsyar kelak tentang semua  yang kita perkatakan. Bukan hadis dan Al Quran sahaja yang kita nak kena verify … semua kata-kata pun bagi orang yang mengaku beriman, nak kena jaga. I kenal ‘gantang’. Gantang adalah ukuran capacity 4 cupak iaitu lebih kurang 3kg. Beras kalau 3 kilo bagi I banyak, sebab I beli beras sekilo sahaja dan boleh bertahan 2 bulan. Maksudnya mewahlah ukuran gantang itu. I pun google search maksud ‘melukut’ … Ampun ya Allah Melukut ini maksudnya ‘ broken rice grain’ , beras hancu...

Amalan setiap malam sebelum tidur, Surah Al Mulk

Bismillah Lama, I duduk diam. Perhati dan berfikir. Antara dua perkara yang Allah suka jika kita amalkan tetapi kebanyakan kita tak suka buat … lama, I duduk diam dan relate (mengaitkan) perkara2 yang   lalu lintas pada pendengaran, penglihatan dan hati dengan Al Quran dan vice versa – iaitu, Al Quran dengan apa2 yang di alami melalui pancaindera. Kebanyakan orang sudah tidak biasa, duduk diam dan merasa, merasa dan relate. Relate dan mengambil pengajaran. Cikgu I kata, “keep the lesson …” Kebanyakkan kita secepat merasa itulah akan berkata2.   Sangat cepat nak kongsi pendapat dan tekan butang ‘send’. Dunia sekarang semua orang suka berpendapat, cepat bereaksi   dan sangat suka mengulas … bahaya ! dan I, sejak I belajar tadabbur dan tazzakur ini. I buat tadabbur satu persatu, I tazzakur pula perlahan2 dan tidak publish. Sebab tujuan utama kita bertadabbur dan tazzakur ini ialah untuk beramal dengan ayat2 Al Quran.  Bila beramal pula buka...

Qalbun Saleem

Cara terbaik untuk celebrate birthday orang tersayang ...  lama tidak ke Imuslim untuk belajar kelas berbayar mahu pun percuma, tetapi - hari ini special sebab birthday Ibrahim Topik hari ini best - Qalbun Saleem.  Kawan-kawan, akan tiba satu hari nanti ... di mana harta benda dan ahli keluarga tidak akan dapat menyelamatkan diri kita KECUALI bagi orang-orang yang beriman; yang memiliki hati yang bersih (Qalbun Saleem); yang sentiasa ingat kepada Allah (berdiri, duduk dan baring) yang sentiasa meminta keampunan daripada Allah berdoa supaya terperlihara daripada azab api neraka. (rujuk surah Al Imran; ayat 10, 16 & 17) Soalannya, apakah kita memiliki hati yang bersih ini? hati yang bersih ini kita perlukan bila kita berdiri di hari pembalasan esok. maknanya, hari ini tak perlu sangatlah.  Bak kata Sheikh itu semalam, kepada Allah - tidak mendatangkan apa-apa mudarat kepadaNya samada kita percaya kepada Allah atau tidak. Samada kita taat atau tidak ... ata...