Skip to main content

Sabar

Bismillah

kita biasa dengar betapa hebatnya 'sabar' dalam kehidupan ini. kita juga selalu memuji sifat sabar bila diterjemahkan oleh orang lain, lebih2 lagi jika kita yang berjaya untuk bersabar. Dan kita juga sedia maklum bagaimana sukar untuk menempatkan sabar pada masa2 yang diperlukan ... 

I secara peribadi sangat suka untuk bersabar (walaupun kena berjuang habis2an) kerana I tahu ganjaran besar yang Allah SWT sediakan untuk hamba2Nya yang bersabar. (Bila I kata suka, bukan maksudnya I mahir kepada sifat ini tetapi I sangat2 berusaha untuk menjadikannya sebagai character diri)

Selalunya I mengambil ketetapan untuk bersabar pada perkara2 yang mendatang. Seperti apabila berhadapan dengan orang yang kurang berpengetahuan. Apabila bercakap dengan orang yang marah atau bila orang lain cuba membuatkan I marah ... bila mana sakit dan kehilangan sesuatu. 


Bila I boleh bersabar, rasa macam menang. Rasa macam dah accomplish satu lagi darjat. Alhamdulillah.


Tetapi pada suatu hari yang berbahagia, Allah sampaikan ayat ini. Bukan wahyu turun kepada I tetapi setelah sekian lama hidup di dunia ini I baru terjumpa ayat ini ...

be patient, for the decision of your Lord, Indeed you are in Our Eyes (52:48)

 Maka, selepas ini I akan tukar sedikit prespective I terhadap sabar. Sabar bukan kerana I mampu untuk memerlihara diri tetapi I sabar kerana Allah SWT sentiasa memerhatikan hamba yang satu ini. I patut rasa malu untuk tidak bersabar kerana Allah sentiasa melihat kepada kelakuan I. Ampun ya Allah.

Sudah macam2 Allah bagi dan sediakan untuk I, tetapi apabila diuji sedikit ... tentulah sebagai hamba yang baik, I akan bersabar.

Alhamdulillah - bila Allah pertemukan dengan ayat ini, mestilah I beriman dan beramal dengannya. 


Relevant ayat ini juga;


sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan kelaparan dan  kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (2:155)

Comments

Popular posts from this blog

Amalan setiap malam sebelum tidur, Surah Al Mulk

Bismillah Lama, I duduk diam. Perhati dan berfikir. Antara dua perkara yang Allah suka jika kita amalkan tetapi kebanyakan kita tak suka buat … lama, I duduk diam dan relate (mengaitkan) perkara2 yang   lalu lintas pada pendengaran, penglihatan dan hati dengan Al Quran dan vice versa – iaitu, Al Quran dengan apa2 yang di alami melalui pancaindera. Kebanyakan orang sudah tidak biasa, duduk diam dan merasa, merasa dan relate. Relate dan mengambil pengajaran. Cikgu I kata, “keep the lesson …” Kebanyakkan kita secepat merasa itulah akan berkata2.   Sangat cepat nak kongsi pendapat dan tekan butang ‘send’. Dunia sekarang semua orang suka berpendapat, cepat bereaksi   dan sangat suka mengulas … bahaya ! dan I, sejak I belajar tadabbur dan tazzakur ini. I buat tadabbur satu persatu, I tazzakur pula perlahan2 dan tidak publish. Sebab tujuan utama kita bertadabbur dan tazzakur ini ialah untuk beramal dengan ayat2 Al Quran.  Bila beramal pula buka...

Surah An Naba

Surah ini adalah hadiah daripada seorang kekasih.  Saya ini terbiasa -  antaranya, bila memulakan kata-kata, I akan sebut ‘uhm …’ besar kemungkinan kerana I sedang mengarang ayat sebelum menyatakannya atau mungkin I saja nak berkata-kata sedangkan belum betul pasti apa yang hendak I katakan. Katanya, adalah lebih baik sekiranya I sambung sedikit lagi menjadikannya ayat pertama Surah An Naba, sekurang-kurangnya I boleh memanfaatkan diri dengan pembacaan ayat-ayat Al Quran … Sebenarnya, dia tidak menghadiahkan surah ini secara fizikal tetapi oleh kerana dia sentiasa menyambut setiap kali I menyebut ‘uhm’ dengan membacakan ayat pertama Surah An Naba. maka, terbiasalah I teringatkannya bila menyebut 'uhm' walaupun dia sudah tidak lagi bersama! Tetapi oleh kerana I ni selalunya melihat bahawa tidak akan bergerak satu zarah tanpa Izin Allah, dan sebagai orang yang sentiasa meminta daripada Allah, kita hendaklah sentiasa menadah tangan untuk menerima apa yang Alla...

melukut di tepi gantang

Hari ini terasa nak guna peribahasa ‘melukut di tepi gantang’ I tahu maksudnya, samalah seperti kata orang ‘masuk tak penuh, keluar pula tak luak’ orang sekarang kata ‘terlebih sudu’ maksudnya; tidak diperlukan tapi sebelum I gunakan peribahasa itu, I terfikir apakah ‘melukut’ ?  kita ni kadang2 sedap bercakap sahaja tetapi tidak periksa apakah yang kita perkatakan. Ustaz I kata, setiap butir perkataan kita itu direkodkan dan kita akan ditanya di Mahsyar kelak tentang semua  yang kita perkatakan. Bukan hadis dan Al Quran sahaja yang kita nak kena verify … semua kata-kata pun bagi orang yang mengaku beriman, nak kena jaga. I kenal ‘gantang’. Gantang adalah ukuran capacity 4 cupak iaitu lebih kurang 3kg. Beras kalau 3 kilo bagi I banyak, sebab I beli beras sekilo sahaja dan boleh bertahan 2 bulan. Maksudnya mewahlah ukuran gantang itu. I pun google search maksud ‘melukut’ … Ampun ya Allah Melukut ini maksudnya ‘ broken rice grain’ , beras hancu...