Bismillah
Lately I selalu mengingatkan diri I sendiri – bahawa;
I akan mati … dan mungkin lagi dua hari setengah.
FYI – setiap pagi I akan menjalani
aktiviti berenang dan antara pemandangan wajib ialah masjid dan tanah
perkuburan. Pada masa2 yang I berhenti seketika, rehat. I akan perhatikan
tapak2 kubur yang baru. Selalu juga mengira2 lokasi kubur sendiri.
Bila ingat mati ni, akan
terkenang pula amalan yang tak seberapa pada diri sendiri. Sambil berenang
semula – mengarang2 pula apakah amalan yang hendak ditingkatkan. Apa pula amal
yang tidak molek yang hendak ditinggalkan.
Sesekali terlihat juga waris
yang menziarahi kubur, resam orang kita – membaca ayat2 al quran. Pada kejauhan
pemandangan I – tidak boleh dipastikan apakah bacaan mereka. Mungkin Surah
Yasin sebab surah yang hebat itu selalunya ada dibukukan. Tidaklah payah untuk
membawa senaskah Quran.
Masa itu juga, I akan berdoa –
janganlah anak cucu I
nanti baca Quran di kubur, sedih. Masjid kan dekat – cer pergi masjid. Solat Dhuha,
doakan mak yang sudah tiada kemudian duduk pula seketika sambil membaca ayat2
suci Al Quran. Bila dah selesai, barulah singgah kubur mak – bersihkan jika
patut. Kemudian balik …
oh ya sebelum masuk ke ruang solat tadi, hendaknya anak cucu I ingat pesanan I supaya bersedekah sedikit sebelum solat.
oh ya sebelum masuk ke ruang solat tadi, hendaknya anak cucu I ingat pesanan I supaya bersedekah sedikit sebelum solat.
Bila hari raya … tak payahlah
ziarah kubur sebab sunnahnya raya ini ziarah ahli keluarga yang masih hidup. Jika
masih ada kawan2 I yang hidup, eloklah mereka ziarah, tanda ingatan kepada I.
bab letak bunga dan siram air di kuburan itu rasanya I dah puas pesan supaya TIDAK dilakukan. Selalu juga I doakan supaya legasi sia2 itu tidak anak cucu I contohi.
Seingat I Rasulullah SAW selalu ziarah Perkuburan Baqi tetapi tidak pernah diriwayatkan perbuatan siram air dan bunga -. Kita buat sebab?

Yang I tau, kita ziarah kubur
ni untuk mengingatkan kita tentang kematian – maksud untuk memerlihara diri
daripada perbuatan sia2. Ziarah kubur supaya kita buat persediaan untuk menjadi
ahli kubur. Bukan nak doakan orang yang dah mati … kita doakan arwah mak dan
abah dan datuk nenek kita di rumahkan, selepas solat atau bila2 masa kita
teringatkan mereka.
jomlah berubah
jom bila nak buat amal soleh tu – buat kajian sikit supaya tidak huru hara anak cucu kita nanti.
FYI – I tak ziarah kubuh arwah abah, tetapi setiap kali I nampak perkuburan dari swimming pool ini, I akan ingat Arwah2 yang dekat dalam sanubari, bukan arwah abah sahaja. Kawan2 dan yang tak kawan sangat pun I ingat. I doakan juga.
ketahuilah - yang kita ini akan mati.

Soalannya; Sudahkah bersedia atau kita memang dah confirm masuk Syurga?
Atau kita tak kesah masuk Neraka dulu kemudian baru masuk Syurga?
Comments
Post a Comment