Skip to main content

Istiqamah dalam menunaikan tahajud

dalam perjalanan balik daripada reunion hari itu ...
Azmah tanya, "Ita macamana aku nak istiqamah tahajud?"


Alhamdulillah ... satu-satunya perkara yang me'motivate I selama ini ialah Surah Muzzammil, surah ke 73. Antara lima surah pertama yang di turunkan kepada Rasulullah SAW.

I juga sentiasa ingat bahawa solat malam inilah antara ibadah Rasulullah yang tidak pernah ditinggalkannya walaupun semasa bermusafir. 

Sekiranya Rasulullah suka, tentulah I suka juga kann! 


Kata nak jadi umat Muhammad SAW di Mahsyar nanti.

balik kepada Surah Muzzammil;

Bayangkan Kota Mekah pada waktu itu, dengan kegiatan orang-orang Quraish yang menyembah berhala. Mekah pula waktu itu adalah pusat berugama. Macam pusat Islam hari inilah, ada isu kita pergi pusat Islam, nak kawin, nak bercerai. nak bayar zakat. nak minta bantuan kewangan. nak minta nasihat. nak belajar, nak mengajar, nak buat program semuanya berlaku di Pusat Islam - macam tu lah Mekah time itu.

Tiba-tiba datang Rasulullah, yang baru di tabalkan sebagai Rasul untuk mengajak orang-orang yang sarat berugama itu untuk meninggalkan apa-apa yang mereka buat dan menyembah Allah. Rasulullah pula datang bukan daripada pembesar, maksudnya dia tidak kaya, tidak pula ada kuasa.

Masa ini pun kalau you tak kaya dan popular, ilmu apa pun yang you nak bagi ... banyak tanda soal, tanya soal yang keluar.

Allah tahu yang (ops! Allah Maha Mengetahui) Rasulullah itu sedang gawat fizikal & mental. Allah suruh dia keluar daripada memencilkan diri, Allah suruh Baginda Rasulullah bangun dan buat solat malam.

Yang best Allah kata (firman) dalam ayat 11. Mereka-mereka yang memberatkan urusan Rasulullah itu Allah uruskan, kerja Rasulullah hanyalah menyampaikan dan berkata-kata dengan kadar yang baik dan sabar.


Hari ini baru Penceramah itu kata kalau kita amalkan ayat itu dan ini 100 kali atau 1000 kali untuk nak keluarkan kita daripada masalah yang memberatkan tanggungan. Kita akan ikut, baca ayat-ayat tersebut sampai berbuih mulut ... Kita ikut, kita taat.

Ini kata-kata Allah, Ini Al Quran. Rasulullah pesan kalau kita ikut Al Quran Dan Sunnah, Kita tidak akan sesat. FYI - I tak kata nasihat penceramah itu salah OK! cuma, ini Al Quran 'pure' tidak ada tokok tambah. Satu lagi I stress betul bila orang mengajar I untuk baca surah itu dan ini dan bila sampai ke ayat ini dia suruh baca tiga atau tujuh kali. I geram bila Al Quran itu dijadikan bahan jampinya sahaja - kawan-kawan, Quran itu diturunkan sebagai petunjuk jalan ke syurga bukan untuk tutup mata kastam bila kita bawa kain batik terlebih daripada Langkawi - hiss !!!

begitu juga ayat 20. 
Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui bahawasanya engkau bangun (sembahyang Tahajud) selama kurang dari dua pertiga malam dan selama satu perduanya dan selama satu pertiganya ....Dia juga mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit dan yang lainnya orang-orang yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki dari limpah kurnia Allah dan yang lainnya lagi orang-orang yang berjuang pada jalan Allah (membela agamaNya). Maka bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas) dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya dan mintalah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Ya Allah ... bestnya bila Allah memujuk, rasa terhibur sangat. Bila husband pujuk pun kita dah seronok, inikan Allah.


Bagi orang-orang yang beriman itu apabila dibacakan Al Quran kepada mereka, mereka akan berkata "kami dengar, dan kami taat" , Okay ... selamat maju jaya! 

Alhamdulillah ... I harap kawan I yang satu ini telah ter'motivated untuk istiqamah dalam tahajud.

Sekarang I nak bagi tips untuk bangun awal;

1. Tidur awal - alarm untuk tidur I ialah 9.30pm

2. Dinner awal. Jangan makan apa-apa selepas Isya. (supper - sekeping roti dan susu okaylah - not roti canai eh!)

3. Sosial activities tamat selepas Isya juga - I tau lah kawan I tu bukan kaki clubbing, bukan juga peminat kedai kopi. Maka aktiviti sosial ini termasuklah  FB & chatting. Handphone hanya untuk urusan membaca Al Quran, doa dan hal-hal rumahtangga sahaja

4. solat witir sebelum tidur dan doa minta Allah terima kita sebagai tetamu malam.

kawan-kawan, bila kita tidak terjaga untuk tahajud ketahuilah bahawa bukan kita tidak larat nak bangun, bukan sebab kita letih tetapi kerana Allah tidak menjemput kita datang. 
Kita tau kan ... 
bila Allah izinkan tentulah tak ada yang boleh menghalang. 
Ish .. tersebak lah pula hari ini. hu hu - ampun ya Allah.

Waktu yang special ini; 
Allah kata Dia turun di langit yang rendah untuk mendengar permintaan hambaNya dan Allah itu pemakbul segala permintaan. 

Bukan ke dalam hidup ini kita ada banyak permintaan ... orang miskin nak minta senang, orang senang nak kasih sayang. Yang tua, taknak tua. Yang muda nak jodoh. Nak kereta baru. Nak baju baru. Nak sihat. Nak masuk syurga. Tak nak neraka. Nak minta ampun dosa-dosa. Anak nak exam, anak nak kawin, husband nak kawin lagi ... macam-macam.

One more thing; bila nak hadir majlis yang hebat di dunia ini mestilah kita bersiap sakan kan - so, nak buat tahajud - mandilah dulu. pakai pakaian yang cantik. siap minyak wangi. kita bukannya nak keluar rumah so berwangi-wangian adalah dibenarkan. Jika nak jumpa kawan-kawan pun kita pakai baju yang baik-baik, inikan pula nak mengadap Allah ... fikir-fikirkanlah.

Oh ya ... reminder pada yang lupa, jika orang perempuan itu berwangi-wangian keluar rumah itu HARAM.








Comments

Popular posts from this blog

Amalan setiap malam sebelum tidur, Surah Al Mulk

Bismillah Lama, I duduk diam. Perhati dan berfikir. Antara dua perkara yang Allah suka jika kita amalkan tetapi kebanyakan kita tak suka buat … lama, I duduk diam dan relate (mengaitkan) perkara2 yang   lalu lintas pada pendengaran, penglihatan dan hati dengan Al Quran dan vice versa – iaitu, Al Quran dengan apa2 yang di alami melalui pancaindera. Kebanyakan orang sudah tidak biasa, duduk diam dan merasa, merasa dan relate. Relate dan mengambil pengajaran. Cikgu I kata, “keep the lesson …” Kebanyakkan kita secepat merasa itulah akan berkata2.   Sangat cepat nak kongsi pendapat dan tekan butang ‘send’. Dunia sekarang semua orang suka berpendapat, cepat bereaksi   dan sangat suka mengulas … bahaya ! dan I, sejak I belajar tadabbur dan tazzakur ini. I buat tadabbur satu persatu, I tazzakur pula perlahan2 dan tidak publish. Sebab tujuan utama kita bertadabbur dan tazzakur ini ialah untuk beramal dengan ayat2 Al Quran.  Bila beramal pula buka...

Surah An Naba

Surah ini adalah hadiah daripada seorang kekasih.  Saya ini terbiasa -  antaranya, bila memulakan kata-kata, I akan sebut ‘uhm …’ besar kemungkinan kerana I sedang mengarang ayat sebelum menyatakannya atau mungkin I saja nak berkata-kata sedangkan belum betul pasti apa yang hendak I katakan. Katanya, adalah lebih baik sekiranya I sambung sedikit lagi menjadikannya ayat pertama Surah An Naba, sekurang-kurangnya I boleh memanfaatkan diri dengan pembacaan ayat-ayat Al Quran … Sebenarnya, dia tidak menghadiahkan surah ini secara fizikal tetapi oleh kerana dia sentiasa menyambut setiap kali I menyebut ‘uhm’ dengan membacakan ayat pertama Surah An Naba. maka, terbiasalah I teringatkannya bila menyebut 'uhm' walaupun dia sudah tidak lagi bersama! Tetapi oleh kerana I ni selalunya melihat bahawa tidak akan bergerak satu zarah tanpa Izin Allah, dan sebagai orang yang sentiasa meminta daripada Allah, kita hendaklah sentiasa menadah tangan untuk menerima apa yang Alla...

melukut di tepi gantang

Hari ini terasa nak guna peribahasa ‘melukut di tepi gantang’ I tahu maksudnya, samalah seperti kata orang ‘masuk tak penuh, keluar pula tak luak’ orang sekarang kata ‘terlebih sudu’ maksudnya; tidak diperlukan tapi sebelum I gunakan peribahasa itu, I terfikir apakah ‘melukut’ ?  kita ni kadang2 sedap bercakap sahaja tetapi tidak periksa apakah yang kita perkatakan. Ustaz I kata, setiap butir perkataan kita itu direkodkan dan kita akan ditanya di Mahsyar kelak tentang semua  yang kita perkatakan. Bukan hadis dan Al Quran sahaja yang kita nak kena verify … semua kata-kata pun bagi orang yang mengaku beriman, nak kena jaga. I kenal ‘gantang’. Gantang adalah ukuran capacity 4 cupak iaitu lebih kurang 3kg. Beras kalau 3 kilo bagi I banyak, sebab I beli beras sekilo sahaja dan boleh bertahan 2 bulan. Maksudnya mewahlah ukuran gantang itu. I pun google search maksud ‘melukut’ … Ampun ya Allah Melukut ini maksudnya ‘ broken rice grain’ , beras hancu...