Skip to main content

a letter

Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalamualaikum WBT
Sahabat ku Roziah Kamal, mendoakan you selamat sejahtera. Ini adalah kali kedua I menulis surat kepada you (kali pertama hamper dua bulan yang lalu tetapi surat tersebut tidak sampai kepada you – I’ve written it, read it and keep it to myself, because I strongly believe that I am the one who need the lesson more – this one, maybe will reach you eventually, insyallah)

Dua minggu lebih I di Johor Bahru,
seminggu you sakit.
Seminggu I melihat wajah penyakit merangkuli tubuh badan you,
I tau you melayan kesakitan,
I merasainya juga …

Melihatkan you menginsafi sakit, 
bak kata orang; berat mata memandang, tentulah lebih berat bahu yang memikul. 

I nampak bagaimana jari jemari itu lesu bilamana mengaku syahadah kepada Tuhannya. I belajar, rupanya gerak jari ini nikmat yang Allah bagi, bila diambilnya semula, seketika. Merintih kita jadinya. 

Balik ke Kuala Lumpur, di masjid pagi tadi I bentukkan jari cantik-cantik tanda syukur bila I masih mampu bersyahadah mengikut sunnah. Bila you mengeluh – pening kepala ketika merendahkan kepala untuk sujud – I berdoa, “Ya Allah, jadikanlah Ita ni hamba yang pandai bersyukur yang tahu hanya untuk menyembahMu yang sedar hanya meminta hanya kepadaMu. Janganlah diambil nikmat sujud ini sehingga akhir hayat dikandung badan”
Wah … I sangat takut.

Selama mana di hospital itu banyak sangat yang I belajar. Semasa you sakit, semasa you resah untuk menggerakkan badan. Semasa you tidak mampu untuk memegang cawan – masa itu terpancul daripada mulut you “I nak emak!” – masa itu juga berlaku lintas langsung dalam kepala I. I nampak terpampang macam billboard di Highway tulisan



Masa kita sihat, masa Allah berikan kebolehan kepada kita, kita ingat kita boleh membuat itu dan ini. Kita berupaya mengatur begini, begini. Rupa-rupanya kita cuma berkehendak dan kehendak Allah itu mendahului daripada segala-galanya. You berkehendakkan Hjh Aminah Abdullah untuk melayan you tetapi Allah suka nak anugerahkan pahala menjaga you itu kepada I – ha ha … Oooo – tidak hebat rupanya kita ini.
Semua ini kita sudah tahu sebelum ini, malah kita juga selalu memberi pesanan kepada kawan-kawan kita tetapi pagi itu – Allah nak bagi first hand lesson kepada I. dalam hati I berbisik juga, ‘besok jika I sakit siapa pulalah yang Allah nak hantar untuk menjaga I’.
Mana ahli-ahli mesyuarat yang dulunya menyokong kuat kepada kita, berjanji taat setia? (kalau you president party la... CONTOH!)






Melihat you yang terbaring longlai di atas katil itu sebenarnya I melihat diri I sendiri (ini tahap dua soul power in session). Sebenarnya, masa you sakit itulah banyak perkara yang I belajar, nota-nota yang I salin semuanya – flashback.

Bukan kita berdua sahaja di dalam bilik itu – ada, yang datang membisikkan itu dan ini. Menunjuk ajar … I melihat bait-bait surah Ar Rahman berkali-kali. You ingat macamana masa dalam kelas Cordobana, bagaimana Ambya akan berdiri sebelah kita dan tunjukkan satu per satu.
Bilik ward you masa itu berubah menjadi classroom dan I belajar (also thanks for having a single bed room, ada banyak privacy). Kalau you perasan, kadang-kadang I diam sahaja – masa tu tutorial sedang berlangsung.

I sangat-sangat berterima kasih kepada Allah SWT yang memberi I kesempatan untuk mengulangkaji pelajaran sementara masih hidup. Ada ramai orang yang kita kenal sudah meninggal dunia, ibarat daun kering luruh sahaja, mudah sangat ajal itu datang.
Kesempatan kita pun I rasa macam sudah sangat nipis.

Balik ke Kuala Lumpur ini … 
I revise semula kehidupan ini. Apa sebenarnya yang I nak tinggalkan. Emas dan perak sekotak tu (bukanlah banyak sangat) tentulah I tak boleh nak bawa masuk ke dalam kubur, kita bukannya Firaun. Kita pun dah belajar bahawa currency di akhirat esok bukanlah emas dan perak. (hu hu … Malaysian Ringgit sekarang pun dah tak berapa laku).

I nak tengok anak-anak I lah, sementara mereka masih boleh dipegang oleh tangan, sementara mereka masih hendak mendengar kata … I nak tengok solat I dan solat mereka.
Sibuk I nak mengajar semua orang tentang semua perkara … anak-anak I siapa yang bimbing. Faham kah mereka untuk mengesakan Allah.

Esok, soalan pertama kepada kita ialah tentang solat kita. Apa yang I nak jawab … 
hari ini I berjanji sisa-sisa kehidupan yang tinggal ini, I hendak menjadikan solat sebagai prefession utama.
Bangun pagi – bersiap sedia untuk hadir perhimpunan subuh. Sebelum itu, kalau nak jumpa client mestilah kita siap mandi dan wangi, pakai – pakaian yang elok-elok pula. Memang itu pun amalan I bersiap untuk subuh tetapi balik daripada Johor ini, I hendak lebih tertib seolah subuh ini adalah kali terakhir. Kita dah belajar semua ini, tetapi bak kata Saidina Umar jika Allah terima 1 solatnya, He would be very happy. OK Saidina Umar sudah lama pergi, dia pula telah dijanjikan Jannah. Alhamdulillah.

Persoalannya sekarang … berapa solat kita yang Allah terima?
Ada ke? Ada ke?

Ampun ya Allah.
And yet kita mendirikan solat seolah-olah ibadah itu mudah sahaja, sambil-sambilan. Bila sempat, sesempat yang mungkin antara kerja dan tugasan harian.

Selalunya I mengamalkan subuh di Masjid. Sebab bila Allah menjanjikan Dunia & Isinya – I mestilah sedaya upaya menghadirikan diri. Hari ini mendatangi prospect untuk meraih dua tiga puluh ribu pun kita bertungkus lumus kannn … Lumrah kehidupan hari ini orang terbiasa dengan janji-janji Allah. Sudah tidak datang ghairah apabila mendengar janji Allah. Lebih-lebih lagi apabila kita tiap-tiap hari membaca Al Quran. Bukankah sepatutnya kepada hamba-hambanya yang melazimi Al Quran itu lebih mengenal … entah, kita tidak tahu hati orang. Kita tidak membaca sanubari orang lain, tetapi kita tahu isi hati kita.

Okay kita solat, Alhamdulillah. Tepat waktu, berjemaah pula. Siap pula dengan solat-solat rawatib … Anak-anak kita? Soalan Allah yang pertama juga kepada mereka ialah tentang solat … I risau kalau dia orang jawab – “mak I tak ajar pun”. Adoi - masa tu 40 orang kita Islamkan pun masih belum mampu menampung kebocoran bab solat anak-anak. You lain, Alhamdulillah ada suami yang mentadbir institusi kekeluargaan. I? I ni sorang-sorang! Nak diharapkan pegar – kalau pegar Bersih – Cekap – Amanah, OK. Tapi kalau pegar tu makan padi. Di Mahsyar nanti! RUGI!!!

Oh ya sebelum I lupa, I harap you tidak meninggalkan solat witir sebelum tidur sebagai penutup ibadah kita hari itu. Esok mungkin tidak kunjung datang … alahai, RUGI lagi.

Bab sedekah jariah dan mengajarkan orang Ilmu yang berguna itu tidak asing kepada you, Alhamdulillah. Bahagian ini I tidak risau sangat untuk you. Dengan pondok ilmu you, dengan training yang you anjurkan. You ibarat saudagar besar. Bandingkan I dengan you – kita jauh. I ni bila mengajar, tak sampai hati nak mengiklankan diri. Sebab tidak pandai hendak menjaga hati … sekali, dulu I charge untuk mengajar orang. Berhari-hari I termenung memikirkan duit yang sudah pun tidak kelihatan bayangannya.

Alhamdulillah … seperti hujan, lebat sekali pun sampai cukup kadarnya ia berhenti dan kawan I, sihat … sekarang sudah pulang ke rumah, kepangkuan keluarga dan bertugas semula.
Terasa bahaya dan ngeri ajal itu sudah jauh … I pun sudah balik ke Kuala Lumpur. Doa I, you sempat berdoa banyak-banyak masa sakit dulu untuk you melihat butir-butir nikmat yang tersedia untuk you. Tentu you pun ada berazam macam-macam untuk minta sihat. I suka hendak melihat azam itu terlaksana sebab kata-kata orang yang sakit itu adalah doa.

 

Tahniah sahabat kerana sudah melalui satu lagi orentasi kehidupan.
Selamat Maju Jaya …





Shalita
March 2016




Comments

  1. Nangis I baca... sbb yang banyak belajar ni you.. sepatutnya I yang perlu rasa lebih.. tapi Allah pilih u...

    Betul.. until now sebenarnya.. my body still react menunjukkan blm nak kebali pu l ih spti biasa.. jari masih swelling. Mlm mlm.. perut spti bloating.. (I ask my uncle which dr) dia kata ada gas tu.. mmg betul.. asyik kentut jer sebelah pagi.. tapi mlm satu penderitaan.. rasa x nak makan.. takut nak makan.. tp perut lapar..

    Jln jauh sikit dah penat.. peluh sejuk mula keluar.. its show.. I blm fits enough utk berlari spti biasa..

    Lebih teruk lagi.. semangat juga.. I lawan semua tu.. tapi my uncle says.. dia mmg akan membabitkan semangat juga..

    Teruknya denggi.. apa yang ada pd virus ni??? 6 letter words.. and yet melumpuhkan sistem badan begitu lama...

    Now I realise.. bukan denggi.. tapi Allah nak lihatkan kebesarnya .. yangvtelah dia berikan kepada hambanya terdahulu Raja Namrud.. Dgn nyamuk.. boleh binasa manusia..

    Ingin rasanyanya menjadi air yang mengalir mengikut fitrah.. konfuse dan alpha dgn tuntutan dunia.. mana satu keperluan.. mana satu harus.. atau.. boleh di tinggalkan begitu saja.. nasib lah ada kawan yang sudinmenulis nota buat peringatan..

    Tq Allah by giving u to me.. I pun blm tentubmampubmenjaga u ketika u sakit..

    Berbanyak terima kasih.. juga ampun dan maaf..

    Semoga Allah naikkan darjat u dan menjadi Ahli syurga berpangkat di sana... aaminnnn

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Amalan setiap malam sebelum tidur, Surah Al Mulk

Bismillah Lama, I duduk diam. Perhati dan berfikir. Antara dua perkara yang Allah suka jika kita amalkan tetapi kebanyakan kita tak suka buat … lama, I duduk diam dan relate (mengaitkan) perkara2 yang   lalu lintas pada pendengaran, penglihatan dan hati dengan Al Quran dan vice versa – iaitu, Al Quran dengan apa2 yang di alami melalui pancaindera. Kebanyakan orang sudah tidak biasa, duduk diam dan merasa, merasa dan relate. Relate dan mengambil pengajaran. Cikgu I kata, “keep the lesson …” Kebanyakkan kita secepat merasa itulah akan berkata2.   Sangat cepat nak kongsi pendapat dan tekan butang ‘send’. Dunia sekarang semua orang suka berpendapat, cepat bereaksi   dan sangat suka mengulas … bahaya ! dan I, sejak I belajar tadabbur dan tazzakur ini. I buat tadabbur satu persatu, I tazzakur pula perlahan2 dan tidak publish. Sebab tujuan utama kita bertadabbur dan tazzakur ini ialah untuk beramal dengan ayat2 Al Quran.  Bila beramal pula buka...

Surah An Naba

Surah ini adalah hadiah daripada seorang kekasih.  Saya ini terbiasa -  antaranya, bila memulakan kata-kata, I akan sebut ‘uhm …’ besar kemungkinan kerana I sedang mengarang ayat sebelum menyatakannya atau mungkin I saja nak berkata-kata sedangkan belum betul pasti apa yang hendak I katakan. Katanya, adalah lebih baik sekiranya I sambung sedikit lagi menjadikannya ayat pertama Surah An Naba, sekurang-kurangnya I boleh memanfaatkan diri dengan pembacaan ayat-ayat Al Quran … Sebenarnya, dia tidak menghadiahkan surah ini secara fizikal tetapi oleh kerana dia sentiasa menyambut setiap kali I menyebut ‘uhm’ dengan membacakan ayat pertama Surah An Naba. maka, terbiasalah I teringatkannya bila menyebut 'uhm' walaupun dia sudah tidak lagi bersama! Tetapi oleh kerana I ni selalunya melihat bahawa tidak akan bergerak satu zarah tanpa Izin Allah, dan sebagai orang yang sentiasa meminta daripada Allah, kita hendaklah sentiasa menadah tangan untuk menerima apa yang Alla...

melukut di tepi gantang

Hari ini terasa nak guna peribahasa ‘melukut di tepi gantang’ I tahu maksudnya, samalah seperti kata orang ‘masuk tak penuh, keluar pula tak luak’ orang sekarang kata ‘terlebih sudu’ maksudnya; tidak diperlukan tapi sebelum I gunakan peribahasa itu, I terfikir apakah ‘melukut’ ?  kita ni kadang2 sedap bercakap sahaja tetapi tidak periksa apakah yang kita perkatakan. Ustaz I kata, setiap butir perkataan kita itu direkodkan dan kita akan ditanya di Mahsyar kelak tentang semua  yang kita perkatakan. Bukan hadis dan Al Quran sahaja yang kita nak kena verify … semua kata-kata pun bagi orang yang mengaku beriman, nak kena jaga. I kenal ‘gantang’. Gantang adalah ukuran capacity 4 cupak iaitu lebih kurang 3kg. Beras kalau 3 kilo bagi I banyak, sebab I beli beras sekilo sahaja dan boleh bertahan 2 bulan. Maksudnya mewahlah ukuran gantang itu. I pun google search maksud ‘melukut’ … Ampun ya Allah Melukut ini maksudnya ‘ broken rice grain’ , beras hancu...