Skip to main content

Cadar wakaf

Bismillah

Lama juga I membaca pesanan di telefon pagi semalam. Penghantarnya I cuma kenal daripada program Al Quran Dihatiku minggu lepas. Beliau mendaftar sebagai peserta dengan I ... 

pelik juga bila telefon I dimasuki pesanan bertalu-talu. 

Oooo ... dia hantar 27 gambar cadar - cantik, alhamdulillah. Dia nak promote OKlah juga. Kalau dia kawan I, dia akan tau bahawa usahanya adalah sia-sia sahaja. Sebab, I ni bukan kaki shopping ...

Tapi ayat yang digunakan itulah yang menyebabkan I rasa terpanggil untuk menulis lagi, Cadar itu berharga RM250 - katanya murah, kerana harga di luar RM289. Yang best ... ialah jika I beli I dapat nilai wakaf RM10.00 untuk water filter di sekolah.


Ampun ya Allah ...

I ada dua perkara yang meniti-niti di hujung jari untuk I sampaikan kepadanya. Tetapi, I tidak boleh hendak sekolahkan orang daripada jarak jauh kerana I kurang pasti keberkesanan maksud dan tujuan. 

Pertama;
Kawan-kawan ... jika hendak berniaga, berniagalah. Semua orang yang berniaga tentu hendak untung kerana keuntungan itulah hasil yang akan kita buat belanja menyara keluarga. Insyallah keuntungan daripada berniaga itu adalah punca rezeki yang halal tetapi jangan dijual ayat-ayat Al Quran untuk meraih keuntungan kecil di dunia. 


Bayangkan ...
bayangkan kita mengutip bara-bara api yang kecil kemerah-merahan itu dan masukkan ke dalam mulut seperti mana kita memakan kacang putih. Ampun ya Allah !!!

Kedua;
Kenapa you rasa I perlukan cadar yang tersangat cantik itu? Cadar yang I beli di Ikea sempena birthday I dua bulan yang lalu pun cantik juga harganya hanya 40% daripada harga promotion yang kawan kita tadi tu offer. Memanglah tidak ada comforter ... tapi Malaysia ni panas kan - I belum jumpa keperluan comforter selama mana I tinggal di Malaysia. 

Jika cadar cantik, untuk dilihat orang ...
I ingat, cuma anak-anak dan Cat sahaja yang berpeluang melihat I baring atas cadar. Anak-anak you akan happy tengok you atas cadar apa pun asalkan bersih. Cat akan happy you pakai cadar apa pun asalkan bila dia ter'muntah atas katil ... you tidak hilang akal sebab cadar you tidak sangat mahal! setuju?


lagi satu ... bab ni sadis sikit.
You ingat Rasulullah SAW, Insan teristimewa itu cadarnya bagaimana?
Tergamak you nak cerita dengan orang tentang harga cadar you sedangkan masa Maulud Nabi hari itu beriya-iya you menangis, berjanji hendak menghidupkan sunnah. Alahai ... malu!


Taknak cerita panjanglah. I memang beli cadar tidak mahal, supaya hati I tidak melekat di cadar. supaya tidak syok sangat tidur sehingga tidak sanggup untuk ke bangun awal pagi. Supaya I tidak teringin nak selfie atas katil.

Dunia ini kawan-kawan Rasulullah ibaratkan sebelah sayap nyamuk sahaja ... 

Jom kita pakat sign-up water filter coway* dan letakkan di mana-mana Tahfiz atau sekolah. bayar bulan-bulan cuma RM100++. Itu WAKAF insyallah. Mohon Allah Redha.

JANGAN lupa selitkan doa antara Azan dan Iqamah supaya di Jannah nanti kita dapat tidur atas bunga bukan cadar berbunga-bunga. Boleh?
FYI di Jannah tiada malam, kita tidak ada keperluan kepada tidur. tetapi kalau suka nak berbaring-baring no problem.


*Ehem.... saya bukan agen Coway



  




Comments

Popular posts from this blog

melukut di tepi gantang

Hari ini terasa nak guna peribahasa ‘melukut di tepi gantang’ I tahu maksudnya, samalah seperti kata orang ‘masuk tak penuh, keluar pula tak luak’ orang sekarang kata ‘terlebih sudu’ maksudnya; tidak diperlukan tapi sebelum I gunakan peribahasa itu, I terfikir apakah ‘melukut’ ?  kita ni kadang2 sedap bercakap sahaja tetapi tidak periksa apakah yang kita perkatakan. Ustaz I kata, setiap butir perkataan kita itu direkodkan dan kita akan ditanya di Mahsyar kelak tentang semua  yang kita perkatakan. Bukan hadis dan Al Quran sahaja yang kita nak kena verify … semua kata-kata pun bagi orang yang mengaku beriman, nak kena jaga. I kenal ‘gantang’. Gantang adalah ukuran capacity 4 cupak iaitu lebih kurang 3kg. Beras kalau 3 kilo bagi I banyak, sebab I beli beras sekilo sahaja dan boleh bertahan 2 bulan. Maksudnya mewahlah ukuran gantang itu. I pun google search maksud ‘melukut’ … Ampun ya Allah Melukut ini maksudnya ‘ broken rice grain’ , beras hancu...

Amalan setiap malam sebelum tidur, Surah Al Mulk

Bismillah Lama, I duduk diam. Perhati dan berfikir. Antara dua perkara yang Allah suka jika kita amalkan tetapi kebanyakan kita tak suka buat … lama, I duduk diam dan relate (mengaitkan) perkara2 yang   lalu lintas pada pendengaran, penglihatan dan hati dengan Al Quran dan vice versa – iaitu, Al Quran dengan apa2 yang di alami melalui pancaindera. Kebanyakan orang sudah tidak biasa, duduk diam dan merasa, merasa dan relate. Relate dan mengambil pengajaran. Cikgu I kata, “keep the lesson …” Kebanyakkan kita secepat merasa itulah akan berkata2.   Sangat cepat nak kongsi pendapat dan tekan butang ‘send’. Dunia sekarang semua orang suka berpendapat, cepat bereaksi   dan sangat suka mengulas … bahaya ! dan I, sejak I belajar tadabbur dan tazzakur ini. I buat tadabbur satu persatu, I tazzakur pula perlahan2 dan tidak publish. Sebab tujuan utama kita bertadabbur dan tazzakur ini ialah untuk beramal dengan ayat2 Al Quran.  Bila beramal pula buka...

Qalbun Saleem

Cara terbaik untuk celebrate birthday orang tersayang ...  lama tidak ke Imuslim untuk belajar kelas berbayar mahu pun percuma, tetapi - hari ini special sebab birthday Ibrahim Topik hari ini best - Qalbun Saleem.  Kawan-kawan, akan tiba satu hari nanti ... di mana harta benda dan ahli keluarga tidak akan dapat menyelamatkan diri kita KECUALI bagi orang-orang yang beriman; yang memiliki hati yang bersih (Qalbun Saleem); yang sentiasa ingat kepada Allah (berdiri, duduk dan baring) yang sentiasa meminta keampunan daripada Allah berdoa supaya terperlihara daripada azab api neraka. (rujuk surah Al Imran; ayat 10, 16 & 17) Soalannya, apakah kita memiliki hati yang bersih ini? hati yang bersih ini kita perlukan bila kita berdiri di hari pembalasan esok. maknanya, hari ini tak perlu sangatlah.  Bak kata Sheikh itu semalam, kepada Allah - tidak mendatangkan apa-apa mudarat kepadaNya samada kita percaya kepada Allah atau tidak. Samada kita taat atau tidak ... ata...