Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2015

Everything that is in the past. Belong to the past

Hari ini I belajar lagi. Preview A+ CONFLICT MANAGEMENT.  Pertama, saya suka kepada penyampai preview petang tadi, dia mengingatkan kepada arwah bapa mertua – dalam hati, terfikir kalaulah arwah abah itu dulu berilmu tentulah begini cara cakapnya. Tenang dan sentiasa memulakan ayatnya dengan senyuman. OK pakcik ini tentulah sudah menguasai ilmu yang akan di sampaikannya … Alhamdulillah. Selama hampir sejam preview, satu perkara yang akan saya khabarkan kepada you malam ini ialah katanya; everything that is in the past, belong to the past. Dia bicarakan tentang Surah Sad ayat 24, 25 dan 29. Dan Nabi Daud (setelah berfikir sejurus), mengetahui sebenarnya Kami telah mengujinya (dengan peristiwa itu), lalu dia memohon ampun kepada Tuhannya sambil merebahkan dirinya sujud, serta dia rujuk kembali ( bertaubat ). Maka Kami ampunkan kesalahannya itu dan sesungguhnya dia mempunyai kedudukan yang dekat di sisi Kami serta tempat kembali yang sebaik-baiknya (24 & 25) (Al-Qur...

I love you too

Malam tadi sambil makan malam bersama kawan-kawan,  kami sedang berbincang tentang buatkan suami air. kawan I yang seorang ni … seperti biasa orang perempuan akan dahulu dengan pendapat,  berkata; “husband I, tak pernah minta apa-apa. Tapi, kalau dia minta tentu I bagi” Husband kawan yang lain pula kata, dia memang tidak meminta tetapi dia tidak pernah menolak bila wife dia tanya “you, nak air”. Upacara makan malam berlalu seperti biasa tetapi bila sampai rumah, sambil minum kopi dan istirehat. I memikirkan scenario makan malam tadi. Tidak perlu I menjadi orang lelaki atau suami tetapi jika ada orang nak buatkan I air … tentulah I berlapang dada mendoakan tukang buat air ini supaya diperlihara Allah SWT siang dan malam. Sebab bila I dah masak penat-penat dan kita semua dah selesai makan … sentiasa rasa sangat bahagia bila ada anak yang menawarkan untuk membuatkan I kopi kegemaran I sebagai tanda terima kasih. Bak kata orang, kalau kita rasa pedas takkan manis pada ...

I am a wife, not a mistress

Setiap kali isteri ini menghubungi saya – ucapannya akan panjang lebar dan penuh nasihat serta kadang kala termasuk juga beberapa amaran dan yang saya tidak berdaya untuk membalas kecuali dengan ucapan yang baik-baik juga.  Sering kali terfikir, mengapalah garang sangat isteri orang ini … saya ini perempuan juga. Tetapi suami sudah berpesan supaya saya tidak menyusahkan orang lain,  apa lagi sekiranya jawapan saya itu akan merumitkan lagi suasana. Kata suami, padamkan api dengan air … Siang itu suami datang, (rasa sangat gembira) seperti biasa dia bukan seperti suami puan yang akan pulang setiap petang dan akan makan minum di rumah.  Tetapi bila dia datang – itulah masa hendak bersembang dan berkasih sayang. Kadang-kadang dia datang dengan kelihatan letih. I akan ajak mandi, mak selalu pesan bila balik penat-penat eloklah mandi, buang aura yang bukan-bukan yang mungkin terikut kita pulang.  Aura di dalam rumah mudah rosak akibat anasir negative dari luar s...

Antara pedang dan butir bicara

Pernah you dengar perumpamaan, ‘kata-kata itu lebih tajam daripada sebilah pedang’? I rasa macam I selalu dengar dan I selalu juga menggunakannya. Yang dulu I faham, ialah kata-kata kita itu walaupun hanyalah bunyi-bunyian yang keluar daripada mulut tetapi mampu pada ketikanya menusuk ke sanubari seseorang, mampu menyakitkan hati orang lain, boleh juga mencetuskan pergaduhan dan boleh membawa kepada maut … Memang kata-kata itu bahaya. Tetapi sepanjang perjalanan ke Johor Bahru petang tadi, I asyik teringatkan perjumpaan pagi tadi … perjumpaan yang biasa, dengan kawan-kawan – bersarapan di hujung minggu. Tetapi kata-kata I, yang sekali lalu itu yang I rasa macam biasa sahaja tetapi entah bagaimana kata-kata yang terpancul daripada mulut I itu asyik teriyang-iyang di telinga. Seolah-olah tuan di atas sana tidak setuju dengan kata-kata I. Terkesan betul kepada hati … bukannya I rasa menyesal, tetapi sangat nyilu pada hati memikirkan bagaimana esok di hari akhirat di padang mahsyar bi...

perosak rumah tangga

Pada pendapatnya, perempuan itu mestilah jahat. Perosak rumahtangga orang.  I cuba untuk setuju tetapi cik adik cuba tengok betul-betul, siapakah yang sebenarnya yang menipu ... apakah kita selama ini yang ‘sleeping with an enemy’ atau kita leka menguruskan baja dan racun  sehingga anasir luar boleh merosakkan rumahtangga kita? Kawan I yang satu ini mengadu tentang kes terbaru suaminya. Suami yang sekarang pada pengetahuannya sedang berpacaran ...  Tidak mahu mengatakan bahawa ini adalah lumrah kehidupan dewasa ini tetapi hakikatnya, begitulah. Kita ini sentiasa diuji dan ujian-ujian itu tentulah tidak mudah kita mengharunginya.  Alhamdulillah, bagi orang yang melihat Allah dihujung setiap tali yang menariknya itu tentulah tidak terlalu payah.  Orang biasa akan berhujah tentang keadilan dan sepatutnya, tetapi orang yang tinggi sedikit makamnya maklum bahawa dunia ini akan tidak adil dan tidak patut kerana yang aman dan sejahtera itu NANTI di akh...