Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2016

Al Kauthar 108: 2

Bismillah Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).   Surah Al Kauthar 108:2 hari ini I akan bercakap tentang isu ‘ibadah korban’ Peringatan untuk  diri sendiri, yang selama ini ikut sukahati nak buat atau taknak melaksanakan ibadah korban.  bila menjelang aidil adha – bila di ajak kawan2 atau adik beradik, atau mak … I ambil ringan. Jika waktu di war2kan isu korban, I akan tengok apa yang ada dalam saku. I ambillah satu bahagian. Selalunya I ini mencukupkan bilang. Ada satu bahagian kurang, I suka dan relalah mencukupkannya.  Atas alasan, kesian. I suka hendak meringankan orang2 lain yang bersungguh2 hendak melakukan ibadah.  I berkorban, bukan sebab nak berkorban …  Ampun ya Allah. RUGI! RUGI! RUGI! Sedikitnya ilmu selama ini, I tidak merasakan itu kewajiban diri … hari ini, bila memikirkannya I pun ‘hilang punca’ mengapakan I lalai.  Walaupun sebe...

Surah Yunus ayat 57

Bismillah Petang; coffee break (tanpa kopi) Kita kan selalu solat, kita selalu berdoa, kita selalu berkata-kata dengan Allah … kita juga maklum bahawa Allah SWT tu Maha Mendengar, Maha Mengetahui dan Allah itu memberi petunjuk dan membimbing hamba-hambaNya yang taat Soalan; Bilakah Allah berkata-kata dengan kita? atau jawab ‘persoalan’ kita? Atau, memberi petunjuk dan membimbing kepada kita? Allah SWT sebenarnya sentiasa menjawab doa kita, sentiasa membimbing dan memberi petunjuk kepada kita dan kadang-kadang kita tidak minta petunjuk pun, kadang-kadang kita tidak berdoa pun tetapi Allah menjawab doa orang lain untuk kita, Allah membimbing kita, merahmati kita hanya kerana kasih sayangNya. Soalan lagi; Maka, mengapa kita tidak dengar jawapan atau nampak bimbingan daripada Allah? Perasankan kadang2 dalam solat bila kita membaca surah lazim selepas Al Fatihah.  Selalunya kita tidak merancang, sebab solat itu perbuatan sambilan dan surah-surah y...

Surah Al Anfal : Tasbih

Isnin 2 Bismillah Soalan; bagaimana hendak menghilangkan ‘ngantuk’ di pejabat? apapun I mesti tidur lebih cepat esok!!! Sementara itu, sementara nak tunggu 12.30pm (lagi satu jam) sebelum I boleh menghilangkan  diri di surau, I nak berjalan untuk Negara! Bye! selepas 15 minit dan 757 langkah kemudian. Less sleepy, Alhamdulillah. Masa berjalan tadi, terserempak dengan boss dan tasbih. Pagi tadi Nampak syikin dan tasbih … hmm macam nak sebut pasal tasbih. Surah Al Anfal 8:2 sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah GEMENTAR hatinya dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka bertambah IMANnya dan hanya kepada Tuhan mereka BERTAWAKAL Sepanjang pagi I cuba men’tadabbur & Tazakkur’kan ayat di atas; Benar, soal hati. Soal iman dan tawakal itu adalah urusan hati tetapi apa yang ada di dalam hati itu akan terserlah diwajah, pada perbuatan, perkataan …  hari ini I Nampak tasbih dan hati I...

Nikmat Berjemaah

Bismillah Yeah !!! Hari Khamis, yang best hari khamis – tak pakai uniform.  I boleh jadi Shalita yang biasa.  Susah betul nak jadi orang biasa dua tiga hari yang lepas, kesian juga Kak Siti (tailor saya) yang bersusah payah hendak meng’shalita’kan pakaian corporate office. Alhamdulillah, kita sudah jumpa fashion yang I setuju untuk ke pejabat cuma, pejabat tidak cukup sejuk untuk pakaian berlapis2 gitu. Ampun ya Allah. soalan; Apa yang best sangat berbaju 'corporate' ni? I nak tahu fungsinya .... itu jer  Yang bestnya Khamis ilah bila I melihat, adik2 yang berbaju corporate dan berseluar kebiasaannya itu – hari ini, ramainya pakai jubah. Manis betul .  Confirm ber’jubah ini memang fashion tetapi fashion yang lebih baiklah. Alhamdulillah. OK lah tu,  esok lusa dia orang akan faham bahawa menutup aurat ini adalah juga profession kita sebagai orang islam. Satu lagi perkara; Yang I perhatikan orang-orang yang beke...

Office Baru

Bismillah Petang … sementara banyak suara2 background. I sedang membiasakan diri dengan mendengar banyak suara yang tidak patut I dengar. Ha ha ha second day working yeah! FYI – ticer sekarang bekerja semula, selepas hampir 12 tahun tidak bekerja dengan orang (usually I buat kerja sorang2).  Tiba-tiba sekarang ada lebih daripada 30 orang pada satu masa dalam ruang pejabat. Ada lebih daripada 10 orang bercakap, lebih daripada 2 kumpulan dengan topic masing2 pada masa yang sama! Ampun! Sekarang I berterima kasih kerana sebelum ini I pernah menikmati ‘aman & damai’. Dulu bila Cat bising,  I dah complain tetapi sekarang bila ramai2 orang bercakap, berborak ‘kosong’ ini …  I tak boleh complain. I sekarang kena belajar untuk tidak mendengar … (new skill to learn, Alhamdulillah) dulu masa di ZMP, bilangan kita sedikit cuma. 4 orang, termasuk I. maka, setiap butir perbualan atau perbincangan adalah 'berkenaan' hari ini, kita hidupkan peribahasa - "...