Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2016

tentang bulan

Bismillah malam ini - tiba rumah lewat, sepetang travel daripada KL ke JB. Sampai JB, makan malam dengan warga ZMP dan kemudian buat setting untuk class esok - barulah dapat balik ke rumah, Alhamdulillah ...  dalam perjalanan, ternampak bulan. Besarnya, wajah bulan hampir penuh - terus teringatkan bahawa Syaaban sudah ke penghujung dan Ramadan akan menyusul ... dalam diri - perasaan bercampur antara gembira dan sedih. Suka nak menyambut Ramadan ... sedih mengenangkan tiap tahunnya nak sangat-sangat bersedia menyambut Ramadan tetapi masih lagi sahut menyahut urusan yang melalaikan - Ampun ya Allah. Cerita Bulan ...  bagi orang bercinta - rasa bahagia (actually I pun tak berapa faham, kenapa hubungkait bulan & cinta) Melihat bulan, I teringat Rasulullah SAW HR Abu Ishaq : Al -Bara ' ditanya, "Adakah wajah Rasulullah ( terang ) sebagai pedang ?" Beliau berkata , "Tidak, tetapi ( yang terang) sebagai bulan ," katanya. ( Bukhari, vol 2 , 806)...

Rasa CINTA - ajaib nikmatnya

Terbaca posting kenalan I petang tadi di FB bercerita tentang cinta ... I suka ber'CINTA. Pada istilahnya lah - keasyikan itu adalah cinta, Ghairah itu juga cinta. Cikgu I kata orang yang menuntut ilmu ini pun kena ada ghairah, kalau takde masakan ia mampu setiap hari mendatangi kelas. Kelas I dulu, jauh dan tengah malam pula.  Pernah juga I belajar di Kuala Pilah, setiap Khamis - class start lepas Isya dan habis hampir pukul 11, lepas bincang2 lepas makan malam ... nak menyampaikan Johor Bahru, dekat pukul 2 pagi.  Itu Cintakan Ilmu. Tetapi kebanyakannya orang meng'istilahkan CINTA itu sebagai kasih sayang antara dua insan Cintakan orang ni tak syok sebab, macam hantar surat salah alamat ... selalunya mengecewakan, sebab surat tu tak sampai. kemudian kita berkeluh kesah kerana kita pernah dengar hadis yang mana kita tidak boleh betul-betul dapat darjat sempurna iman sehingga kita sayangkan orang lain seperti kita sayangkan diri kita sendiri. “Tidak berim...

TAQWA - rasa takut kehilangan CINTA Allah 2

I ada seorang kawan, dia ni baru 5 tahun yang lalu reti untuk bertudung, baru juga berjinak untuk tidak meninggalkan solat 5 waktu dan sedang berhempas pulas untuk menghidupkan malam ...  I suka melihat pergelutan hidupnya. ( mengingatkan diri sendiri tentang perjuangan yang belum selesai ) Dia ingatkan kita ni terror sangat, dia tidak tahu bahawa kita ni pun bergelut sama.  Sekarang, dia sedang mendidik anak kecilnya untuk mencintai Allah. Anaknya suka ikut solat, dan pandai juga bertudung - maklum, anak-anak ini acuannya tentulah ibu bapa. Jika acuannya tak betul, masakan anak-anak itu akan cenderung pada yang benar.  Persoalannya,  bagaimana hendak diterangkan kepada anak kecil itu tentang Taqwa .  Mudah untuk diceritakan tentang, Dosa dan Pahala. Syurga dan Neraka, walaupun perkara-perkara ini tidak boleh dilihat oleh mata.  Tetapi Taqwa ini soal hati ... I suka nak jawab supaya tak perlulah diterangkan perkara-perkara yang besar begitu kep...

ilahi anta maqsudi waridhoka mathlubi

Bismillah semalam - melawan beberapa fitrah yang ada pada diri. menongkah apa yang lebih serasi ... pukul 10.15 malam, I start kereta mendaki bukit kemensah.  Ustaz ni sebenarnya biasa sahaja, tidak susah pun jika berkehendak menemuinya - tetapi orang2 yang keliling kelalang agak payah satu; mereka sangat tertib tentang hubungan guru dan murid (eeee) dua; mereka tidak tau yang I ni - favorite ustaz! Sebenarnya I Baru balik daripada dua hari berkursus. Time Managemant ... kursus biasa, bagi orang yang tidak ada kerja macam I ni, hadir kursus adalah riadah.  Bukan semua kursus I pergi dan I memang tidak mencari tetapi kadang2 dipelawa atau iklan2 tu muncul depan mata, menari-nari mencari perhatian! terjebaklah I ... (Allah hantar) Semuanya yang diceritakan dua hari itu adalah BAGUS dan sangat berguna, damn, I pun sangat suka. Kita di ajar teknik menyusun masa dan pengurusan kewangan. CUMA Cuma satu bab sahaja bilamana dihuraikan oleh trainer yang comel dan m...

Terapi Azan

Bila last ... you betul-betul PAUSE bila you dengar azan. I tahu semua orang dah belajar 'solat'  tapi rasanya tidak ramai tahu bab Azan Bila I belajar bab solat dengan Prophetic Guidance, mula-mula setahun I belajar bab bersihkan diri. dan setahun lagi untuk wuduk. Lepas tu hampir tiga suku tahun bab azan dan iqamah barulah nak masuk untuk solat ... Tahukah kita betapa specialnya Azan dan terhadap banyak hadis yang menguatkan kepentingan Azan. Rasulullah pesan supaya kita dengar betul2 dan menjawab seruan Muazin. Jika begitu saranan Baginda Rasulullah, tentulah ada keutamaannya Azan ini dalam kehidupan kita.  Pada hemah I, Azan adalah antara nikmat-nikmat Allah yang kita dustakan  (pinjam ayat daripada surah Ar Rahman).  Ianya adalah ibadah, tapi ramai pun yang tak tau.  Kata orang, tak kenal maka tak cinta ... Ada fungsinya Azan itu, sebab itu disyariatkan supaya Azan di kumandangkan pada setiap waktu. Kita pun tahu bahawa laungan azan itu berlak...