Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2016

Benih Kemensah

Bismillah  Tiba-tiba malam ini bergetar kerinduan pada sebuah surau, di atas bukit jauh di pendalaman. Dekat surau itu ada sebatang sungai yang deras memutih airnya. Nyaman udara malam dan kemaruk deru air itulah yang I rindukan.  Ada sekeping gambar, di atas meja di ruang tamu yang selalu menjamu pandangan ... mengingatkan tempat terciptanya sebuah kisah cinta. Bestnya kisah cinta ini kerana I bahagia sampai bila-bila. I suka nak bawa semua orang ke sana,  pernah juga beberapa kali melakukannya - ye lah, kulit kita semua mungkin sama tapi hati ... hati manusia ini berbeza-beza. Cikgu I kata hati manusia ini macam huruf 'Ha' tulisan jawi. Bunyinya sama, tapi bermacam rupa. Tidak semua orang boleh jatuh kasih kepada ustaz ... ( he he he ... kalau you tengok mungkin you pun lari ) -  Begini, orang tengok ustaz yang uzur itu comot dan hitam pula. Tapi, kita orang nie nampak dia putih berseri-seri ( exaggerate la pulak kannn ). Dia kata, dia adalah Tarzan. tapi ...

Tuhan, maaf kami masih sedang sibuk

Bismillah semalam sebelum masuk tidur – I pergi ke rak buku mencari sesuatu yang menarik untuk di baca sementara melayan mata untuk tidur. Terjumpa buku yang sudah di beli tetapi masih berbungkus, belum di baca … Alhamdulillah, terima kasih ya Allah kerana mengizinkan I baca buku ini sementara masih ada hayat dikandung badan (jika tidak, warislah yang memperolehi manfaatnya) I rasa macam nak share sedikit intipati daripada buku “ Tuhan, maaf, kami sedang sibuk ”. Maka, hari ini ticer nak buat sedutan daripada ringkasan tersebut …  Allah, kami ini benar-benar sibuk , sehinggakan kami tidak ada masa untuk-Mu. Allah, harap maklum, kami – hamba-hambaMu yang begitu banyak rutin harian sehingga kami susah untuk mengatur jadual untuk mengadapMu.   Allah, kami sangat sibuk . Jangankan berjemaah, malah solat sendirian juga kami tangguh-tangguhkan. Jangan Rawatib dan Tahajud malah, kewajipan lima waktu sahaja sudah sangat memberatkan kami.   Allah, maaf – kami sedang s...

Solat Rawatib

Bismillah Matahari sudah tidak kelihatan, baru jam 6 petang .. macam hendak hujan, niat untuk turun berendam I batalkan. I ini seorang guru ...  macam lah orang berladang, bila lama tidak tidak turun ke padang tentulah akan lebih tinggi rumput daripada lalang. Hmm, sudah lama tidak ada kelas. Kelas suka rela dan percuma ini memang selalunya orang ambil ringan ... biasa. so - hari ini tanda cikgu tidak melupakan anak-anak murid. I bertanyalah dalam group - siapa yang buat solat Qabliyah & Badiyah Zohor sila angkat tangan ...  seorang cuti, Din angkat tangan dan Alin - dia jawab bahawa dia belum kuat, masih hanya focus kepada solat-solat fardu  yang lain-lain ... 'not connected' dan lagi, alin kata " ticer bagilah ayat apa2 ... so far yg Qabliyah & Badiyah ini saya tak terpaksakan pun - ampun ya Allah " confirm student I, sebab penghujung ayat dia sama sahaja dengan I kan! Ampun ya Allah !!! Ok, mula2 I derdoa dulu  Wahai Tuhan kami! Jan...

Time revamp

Bismillah Rasa perlu untuk menulis lagi …  sudah dua tiga kali kawan I yang satu ini mengutarakan tentang program ‘time revamp’.  Mula-mula I setuju terima ideanya, tentang betapa perlunya kita revamp time - memulihkan ; mengubahsuai atau membina semula cara menguruskan kehidupan ini supaya kita mampu meng’optimakan aktiviti kita. I diajak mengikuti program tersebut, pun – I masih boleh bersetuju kerana I ni memang ‘kaki belajar’ I suka jer nak tahu apakah ilmu yang ada di luar sana. Cuma, jauh di dalam diri ini I pernah di ajar bagaimana untuk mengoptimakan masa. Cikgu I kata, bagi hamba yang istiqamah bangun malam dan hadir untuk solat fardu pada awal waktu – Allah SWT akan panjangkan waktu untuknya. Jika kawan-kawan tidak percaya, jika hendak melihat dan merasakan sendiri keberkahan masa.  Try solat Asar dan Isya sebaik sahaja masuk waktunya.  ( I sebut Asar & Isya, sebab I pasti Subuh & Maghrib kita semua punctual kan, Zohor pula ...