Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2015

Death

Hampir waktu untuk tidur, sebenarnya sudah terlalu lewat tetapi I sedang bercuti – maka, inilah peluang untuk meng’huru-hara’kan jadual waktu. Hari Isnin yang biasa … selain daripada tidak perlu bekerja, sebab cuti – hari ini seperti hari-hari yang lain tetapi tidak untuk kawan I. Dia kehilangan ibunya petang tadi. Tentulah hari ini adalah satu detik peristiwa yang tidak akan dilupakannya. Hari bersedih untuk seorang anak yang pada pengamatan I, sangat baik. Setiap kali kita berbual cerita tentang mak adalah antara topik yang wajib. Sedih I kepadanya ialah, mulai hari ini dia sudah kehilangan lintas langsung (direct telecast) kepada doanya. Azamin perlu mencari punca lain untuk mengemukakan (submit) hajatnya. Anak seperti kawan I yang satu ini mestilah tiada rasa kesal kerana apa yang I nampak dia sangat berbakti kepada ibunya. I suka tengok cara dia memimpin ibunya yang tua dan sangat lemah itu, I selalu juga berdoa mohon anak-anak I jadi macam dia ni, bukan untuk kepentingan I te...

Kitchen Scissor

You ada kitchen scissor? Insya Allah ada kan ... seperti item lain yang kita gunakan di rumah dan dalam kehidupan ini, tidak boleh dikembalikan ingatan bila membelinya. Tidak ingat pula harganya seperti juga mata, tangan dan telinga … semuanya yang kita tahu ada pada kita dan pada jangkaan kita semua ini akan bersama-sama kita hinggalah ke akhir hayat. Tiba-tiba, petang itu bila hendak menyiapkan hidangan makan malam – Eh! Mana pula Encik Gunting ini? Tidak di dapur, tidak pula di atas meja makan dan meja kerja (ehm … meja makan dan meja kerja sebelah menyebelah – maklum, rumah I memang sangat kecil).  Tidak ada di bilik air nor bilik tidur … tong sampah? Kalau terbuang dalam tong sampah maka, tidak dapatlah ditolong kerana pagi tadi I sudah membuang sampah, dan setiap hari jam 10 pagi bilik sampah itu sudah dibersihkan.  Hu hu hu …sedih!  Sekarang baru terasa betapa bergunanya Encik Gunting dalam kehidupan. Baru hendak mengenangkan bagaimanakah rupa wajahnya....

malam 27 likur

Semalam, dua tiga orang mengadu tidak boleh tidur. Malam ni, giliran I pula mengisi masa hingga lewat begini – menghampiri detik 12 malam. Tadi, terbaca posting facebook tentang keluarga yang serba kekurangan. Kesian. Ish … melihatkan rumahnya yang kosong lengang, teringat rumah I pun lapang juga. Cuma, memanglah berbeza. Macam fridge I – kosong juga, tetapi I yang memilih untuk tidak memenuhkannya. Keluarga ini tentulah tidak berkemampuan untuk mengadakan isi fridge. Maka, niat untuk bagi student I duit raya, I kurangkan sikit jumlahnya ya – kita, berbagi-bagilah. Kata orang, hati nyamuk – sama-samalah kita cicah. Mohon juga sementara terlintas untuk memberi itu supaya I ni kaya raya supaya boleh I berkongsi kegembiraan dengan ramai orang. Mohon ya Allah. Beberapa hari terakhir Ramadan, malu nak cerita sebenarnya - I ni rupa-rupanya terleka menjalani Ramadan – tak perasan bahawa selain daripada menjaga hati dan peribadi dalam menjalani ibadah puasa ada juga tanggungjawab ...

Al Mulk revisit

Ramadan 19 Semalam sehari di Shah Alam, revisit dan relearn Surah Al Mulk sekali lagi. Bila I kata dengan orang, bahawa I pergi belajar surah Al Mulk ada orang tu kata ‘bukankan kita membacanya setiap malam’ … eee malas nak menjawab kerana I sangat percaya perkara yang kita buat berkali-kali dan setiap hari itulah yang perlu pemantapan supaya yang kita bawa sebagai amalan itu benar-benar memimpin jita ke jalan yang benar. say ‘Amin’ Selalu juga cikgu I kata – bila pergi belajar, kita mestilah kosongkan cawan itu supaya masjis ilmu itu boleh mengisi ruang yang telah kita kosongkan. I setuju dan I juga berpendapat, kita jangan cepat sangat unlearn apa-apa yang kita sudah pelajarai dulu apabila kita hendak belajar semula, cuma tinggalkan seketika dan cuba menimba sebanyak mungkin ilmu yang akan di sampaikan dan bila senang, bila buat revision pelajaran baru kita cuba synchronize-kan dulu dan baru. Itulah namanya menambah ilmu kan! OK … Surah Al Mulk. Mengapa kita membacanya...

Ramadan 18

Bismillah Selamat pagi, sudah 17 hari melalui Ramadan. Macam pagi-pagi yang biasa, masih berpuasa … hari ini sudah terlajak lebih daripada separuh bulan – apakah agak2nya yang sudah terkesan pada hati dan jiwa sepanjang tarbiah Ramadan ini – selain daripada lapar dan dahaga. Alhamdulillah – I ni sebenarnya ada guru yang mengajar, selain daripada apa yang dilakukannya dan untuk tujuan apa sekalipun dan walaupun Ita ni sangat-sangat tidak menjadi kesukaannya – masih tetap Italah yang diajarnya untuk mengenal. Ditarbiahkan ilmu makrifat secara tidak langsung. Ilmu Allah ini hebat, macam air sungai yang mengalir deras, kita cuba empang di sini, dia mengalir ikut sana. Cuba empang di sana pula – ia melimpah, kalau tidak melimpah, ia membentuk alur yang baru. Hebat Allah bila Dia dan segala kekuasaanNya menyampaikan – laksana hujan, basahlah alam. Terima kasih ya Allah. Hebat nikmat kasih sayangMu. Maka … sampailah kita pada Ramadan yang ke 18. Sebenarnya, masih ya Allah – Ita ni ...