Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2016

sakit dan ruqyah

hari ini I sakit ... Sakit kepala (pil untuk migrain tertinggal di rumah pula) tapi, I pun tak pasti sakit ini migrain atau gastric - sebab tidak sarapan pagi tadi.  walau bagaimana pun ... bila sakit, terus teringat pada Mak (selain daripada Doktor kesayangan - tapi malas nak ke doktor). selain daripada ubat - mak ni iktiar yang berkesan juga. so, kita call lah mak, tanya kabar orang tua tu, (1) minta mak doakan supaya cepat sihat.  Update sesuatu yang baik pada kawan-kawan dan anak-anak dan (2) doakan mereka . kita tidak perasan bahawa nikmat kasih sayang itu besar kesannya pada kehidupan ini, cikgu I kata; bila kita doakan orang, dan orang itu tidak mengetahuinya - malaikat akan mendoakan doa yang sama untuk kita. Satu lagi (3)yang ada isteri dan suami - bolehlah bermanja, minta maaf dan minta doa restu mereka supaya kita segar semula. sakit ni tidak lain hanyalah ujian. Sebagai hamba yang baik,  bila sakit - ia sabar dan baik sangka .  Masa...

a letter

Bismillahir Rahmanir Rahim Assalamualaikum WBT Sahabat ku Roziah Kamal, mendoakan you selamat sejahtera. Ini adalah kali kedua I menulis surat kepada you (kali pertama hamper dua bulan yang lalu tetapi surat tersebut tidak sampai kepada you – I’ve written it, read it and keep it to myself, because I strongly believe that I am the one who need the lesson more – this one, maybe will reach you eventually, insyallah) Dua minggu lebih I di Johor Bahru, seminggu you sakit. Seminggu I melihat wajah penyakit merangkuli tubuh badan you, I tau you melayan kesakitan, I merasainya juga … Melihatkan you menginsafi sakit,  bak kata orang; berat mata memandang, tentulah lebih berat bahu yang memikul.  I nampak bagaimana jari jemari itu lesu bilamana mengaku syahadah kepada Tuhannya. I belajar, rupanya gerak jari ini nikmat yang Allah bagi, bila diambilnya semula, seketika. Merintih kita jadinya.  Balik ke Kuala Lumpur, di masjid pagi tadi I bentukkan jari cant...

Istiqamah dalam menunaikan tahajud

dalam perjalanan balik daripada reunion hari itu ... Azmah tanya, "Ita macamana aku nak istiqamah tahajud?" Alhamdulillah ... satu-satunya perkara yang me'motivate I selama ini ialah Surah Muzzammil, surah ke 73. Antara lima surah pertama yang di turunkan kepada Rasulullah SAW. I juga sentiasa ingat bahawa solat malam inilah antara ibadah Rasulullah yang tidak pernah ditinggalkannya walaupun semasa bermusafir.  Sekiranya Rasulullah suka, tentulah I suka juga kann!  Kata nak jadi umat Muhammad SAW di Mahsyar nanti. balik kepada Surah Muzzammil ; Bayangkan Kota Mekah pada waktu itu, dengan kegiatan orang-orang Quraish yang menyembah berhala. Mekah pula waktu itu adalah pusat berugama. Macam pusat Islam hari inilah, ada isu kita pergi pusat Islam, nak kawin, nak bercerai. nak bayar zakat. nak minta bantuan kewangan. nak minta nasihat. nak belajar, nak mengajar, nak buat program semuanya berlaku di Pusat Islam - macam tu lah Mekah time itu. Tiba-tiba datang Rasul...

Cadar wakaf

Bismillah Lama juga I membaca pesanan di telefon pagi semalam. Penghantarnya I cuma kenal daripada program Al Quran Dihatiku minggu lepas. Beliau mendaftar sebagai peserta dengan I ...  pelik juga bila telefon I dimasuki pesanan bertalu-talu.  Oooo ... dia hantar 27 gambar cadar - cantik, alhamdulillah. Dia nak promote OKlah juga. Kalau dia kawan I, dia akan tau bahawa usahanya adalah sia-sia sahaja. Sebab, I ni bukan kaki shopping ... Tapi ayat yang digunakan itulah yang menyebabkan I rasa terpanggil untuk menulis lagi, Cadar itu berharga RM250 - katanya murah, kerana harga di luar RM289. Yang best ... ialah jika I beli I dapat nilai wakaf RM10.00 untuk water filter di sekolah . Ampun ya Allah ... I ada dua perkara yang meniti-niti di hujung jari untuk I sampaikan kepadanya. Tetapi, I tidak boleh hendak sekolahkan orang daripada jarak jauh kerana I kurang pasti keberkesanan maksud dan tujuan.  Pertama ; Kawan-kawan ... jika hendak berniaga, berniagalah. Semua ...