Skip to main content

Berdoa

Bismillah
Lama dia senyap, tiada panggilan telefon, tiada Wassap … hmmm, kawan yang satu ini hilang lagi. I ada juga jenis-jenis kawan yang tiba-tiba ghaib. Tiba-tiba pagi tu … ada panggilan daripada luar Negara (nombor id'nya panjang) – Oh rupanya diam-diam kawan ini sudah tiba ke Tanah Suci, dan lagi tiga hari dah nak balik. Cerita punya cerita – kawan kita ada sedikit crisis rumah tangga. Maka dibawalah diri untuk umrah, untuk dapatkan aura maximum positif dan memanjangkan doa.

I ni, duduk di atas sejadah. Baru lepas memberi salam, rasa terkedu dalam hati – doa I dalam solat tadi tidak berkesankah? Kerana I berdoa di bumi bertuah Malaysia dan bukan di tanah suci Makkah. Selalu juga I dengar cerita – kawan I juga, maklum orang berada – mak dia sakit. So dia bawa pergi umrah juga, mak teringin nak ke sana walaupun doctor tidak menyokong tindakan tersebut kerana merbahayakan kesihatan bondanya. Ada juga yang berniaga tidak berapa nak untung – pergi umrah juga, manalah tau kalau Allah makbulkan nanti bolehlah untung berniaga. Ada kawan I, kaya juga – tiga kali setahun dia  pergi umrah.

Rasa macam nak cakap jer kat kawan yang satu ini bahawa masalahnya di sini, perempuan yang mengganggu keamanan rumahtangganya itu juga di sini.  Memanglah berdoa di Tanah Suci itu baik, tetapi doa masa hujan pun baik juga – FYI Malaysia lagi selalu hujan daripada di Makkah. Doa, antara Azan dan Iqamah itu baik, doa hari Jumaat pun baik sangat.  Doa ibu itu sangat-sangat baik … kalau I daripada belanja besar2an untuk Umrah (maklum kita bukan orang yang berada), baik juga kalau I belikan mak baju, selipar baru atau belanja mak makan2 lepas tu minta mak tolong doakan … buat tiap-tiap Jumaat. Alhamdulillah.

Bukan I anti orang pergi umrah, pergilah. Buat perkara yang baik tidak juga I nafikan tentang kehebatan energy positif yang ada di sana. Juga kebaikan Air zam-zam yang hanya terdapat di Tanah suci itu – tetapi teringat juga cikgu I pesan kalau nak rezeki yang bertambah, pergilah haji atau kawin. Takde pula dia cakap tentang umrah … dan yang nak berdoa tu, doalah baik-baik di sini pun boleh juga. Sebaik-baik waktu berdoa ialah semasa qiam. Sebab Allah pun dah sebut dalam Al Quran bahawa Dia memperkenankan doa, hamba-hambanya yang berdoa pada waktu malam. Juga … juga semasa membaca fatihah – sebab orang yang membaca fatihah itu sebenarnya sedang berdialog dengan Allah. Dan dialog ini, Allah menjawab.


I pun teringin juga nak ke sana, buat haji atau umrah. I tersangat suka, bila dapat duduk di perkarangan masjid itu dan melihat inilah tempat laluan Rasulullah SAW, di situ juga bekas-bekas kaki para sahabat. Rasa syahdu bila berada antara bukit Safa & Marwah – teringatkan peristiwa Siti Hajar dan Nabi Ismail. Seronok bila dapat recharge sambil tawaf. Seronok melihat kaabah, mengingati peristiwa tentera bergajah, teringat peristiwa Rasulullah meletakkan Hajar Aswad. Terharu mengenangkan perjanjian Hudaibiyah. Penaklukan semula kota makkah. Sedih mengingati peristiwa kewafatan Rasulullah bila berada di Raudah. Dan macam-macam lagi … semua ini akan mengukuhkan lagi semangat untuk berada di jalan yang benar untuk kembali bersama-sama mereka yang selamat. Dan seperti biasa, sepanjang waktunya kita ini sebagai insan, kita ini lemah – jadi, kita ini sangatlah berhajat. Pada hajat-hajat itu kita berdoa. Berdoa di sini dan di sana – di mana-mana. Insyallah … Allah itu Maha Mendengar dan sangat suka memakbulkan doa asalkan kita jaga adab-adab berdoa.

Eh! berdoa ada adab ...? Ada ... adab berdoa itu ialah bersuci, contohnya - sebaik-baik doa semasa berwuduk dan sebaik-baik kebersihan itu ialah bila hati peminta doa itu bersih daripada sifat mazmumah yang mengotorkan jiwanya. bersih daripada sakit hati, dendam dan amarah

okay, selamat berdoa dan selamat maju jaya!

Comments

Popular posts from this blog

Amalan setiap malam sebelum tidur, Surah Al Mulk

Bismillah Lama, I duduk diam. Perhati dan berfikir. Antara dua perkara yang Allah suka jika kita amalkan tetapi kebanyakan kita tak suka buat … lama, I duduk diam dan relate (mengaitkan) perkara2 yang   lalu lintas pada pendengaran, penglihatan dan hati dengan Al Quran dan vice versa – iaitu, Al Quran dengan apa2 yang di alami melalui pancaindera. Kebanyakan orang sudah tidak biasa, duduk diam dan merasa, merasa dan relate. Relate dan mengambil pengajaran. Cikgu I kata, “keep the lesson …” Kebanyakkan kita secepat merasa itulah akan berkata2.   Sangat cepat nak kongsi pendapat dan tekan butang ‘send’. Dunia sekarang semua orang suka berpendapat, cepat bereaksi   dan sangat suka mengulas … bahaya ! dan I, sejak I belajar tadabbur dan tazzakur ini. I buat tadabbur satu persatu, I tazzakur pula perlahan2 dan tidak publish. Sebab tujuan utama kita bertadabbur dan tazzakur ini ialah untuk beramal dengan ayat2 Al Quran.  Bila beramal pula buka...

Surah An Naba

Surah ini adalah hadiah daripada seorang kekasih.  Saya ini terbiasa -  antaranya, bila memulakan kata-kata, I akan sebut ‘uhm …’ besar kemungkinan kerana I sedang mengarang ayat sebelum menyatakannya atau mungkin I saja nak berkata-kata sedangkan belum betul pasti apa yang hendak I katakan. Katanya, adalah lebih baik sekiranya I sambung sedikit lagi menjadikannya ayat pertama Surah An Naba, sekurang-kurangnya I boleh memanfaatkan diri dengan pembacaan ayat-ayat Al Quran … Sebenarnya, dia tidak menghadiahkan surah ini secara fizikal tetapi oleh kerana dia sentiasa menyambut setiap kali I menyebut ‘uhm’ dengan membacakan ayat pertama Surah An Naba. maka, terbiasalah I teringatkannya bila menyebut 'uhm' walaupun dia sudah tidak lagi bersama! Tetapi oleh kerana I ni selalunya melihat bahawa tidak akan bergerak satu zarah tanpa Izin Allah, dan sebagai orang yang sentiasa meminta daripada Allah, kita hendaklah sentiasa menadah tangan untuk menerima apa yang Alla...

melukut di tepi gantang

Hari ini terasa nak guna peribahasa ‘melukut di tepi gantang’ I tahu maksudnya, samalah seperti kata orang ‘masuk tak penuh, keluar pula tak luak’ orang sekarang kata ‘terlebih sudu’ maksudnya; tidak diperlukan tapi sebelum I gunakan peribahasa itu, I terfikir apakah ‘melukut’ ?  kita ni kadang2 sedap bercakap sahaja tetapi tidak periksa apakah yang kita perkatakan. Ustaz I kata, setiap butir perkataan kita itu direkodkan dan kita akan ditanya di Mahsyar kelak tentang semua  yang kita perkatakan. Bukan hadis dan Al Quran sahaja yang kita nak kena verify … semua kata-kata pun bagi orang yang mengaku beriman, nak kena jaga. I kenal ‘gantang’. Gantang adalah ukuran capacity 4 cupak iaitu lebih kurang 3kg. Beras kalau 3 kilo bagi I banyak, sebab I beli beras sekilo sahaja dan boleh bertahan 2 bulan. Maksudnya mewahlah ukuran gantang itu. I pun google search maksud ‘melukut’ … Ampun ya Allah Melukut ini maksudnya ‘ broken rice grain’ , beras hancu...