Bismillah Cuba hendak tidur tetapi luar biasa aktiviti malam ini menjadikan mata tidak mengantuk. Tadi keluar menjemput ustaz yang tiba dari Kuala Lumpur untuk program di UTM esok. Sudah seminggu berpuasa, menjalani Ramadan. Bagaimana? Bagaimana dengan hubungan kita dengan Al Quran. Ustaz I pesan supaya setiap Ramadan, kita buka Al Quran seolah-olah inilah kali pertama kita berinteraksi dengannya. FYI, bila dikatakan BERINTERAKSI – maka tentulah ianya melibatkan hubungan dua hala. Macam bila I berinteraksi dengan you, maksudnya tentulah apa-apa yang lakukan dengan you ada balasan balik daripada pihak yang satu lagi. Macam dialog, tak jadi jika monolog. Sudah bertahun-tahun kita lalui Ramadan dengan tekun membaca Al Quran, hendak-hendaknya kita pula ada niat untuk Khatam Al Quran ini setidak-tidaknya sekali. Hendak khatam dengan majlis2 khatam Al Quran yang akan diadakan pada sepuluh malam terakhir Ramadan. Alangkah … Sepatutnya Al Quran yang 600 muka dan...