Bismillah Semalam kali kedua I buat treatment menggunakan movie. You selalu menyaksikan bagaimana trainer selalu tayangkan video clip untuk memotivasikan kita, bagaimana diterangkan maksud tersirat isi program. Okay … I ni ada client yang manja. Yang berdegil dengan isu yang dihadapinya, pada dia – biasalah masalah dia adalah halangan besar untuk dia memajukan dirinya. Dia suka duduk dalam alam dukacita dan selesa untuk simpati pada diri sendiri. Walaupun hampir 27 juta masyarakat Malaysia sedang mengahadapi masalah yang jauh lebih besar daripada masalahnya … I ada cara baru untuk buat treatment. I bagi dia duduk selesa2 dan I mainkan movie. I mainkan cerita cinta yang sedih 'the fault in our stars' … I bagi dia nangis puas2. Sebab dia memang hendak menangis, dia memang hendak bersedih. Cuma I tidak mahu dia sedihkan cerita dia sahaja. I tidak mahu dia nampak kisah cintanya sahaja yang trajis. Hilang boy friend jer kot – ish! ...