Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2017

taubat 1

Bismillah Sesungguhnya azab Tuhanmu (terhadap orang-orang yang kufur ingkar) amatlah berat. (85:12)   Pagi itu, sementara menantikan Iqamah Subuh. I memerhatikan ‘perempuan’ ini. (sepatutnya I tahu namanya, sepatutnya I sudah berkenalan dengannya, sebab dia ini ahli masjid ini. Tetapi, I memang tidak bersosial pada waktu subuh dan I jarang ke Masjid ini pada waktu2 yang lainnya – ish! Tak bagus kan … belumlah I ini layak menjadi umat contoh) . Sebenarnya, I memang selalu memerhatikannya; I terpanggil sebab dia sentiasa melazimi buku doa yang sudah lusuh ditangan dan setiap pagi dia akan mengulang2inya, macam2 doa yang dibacanya. Suka I melihatkan ketekunannya dan tiap2 kali I tanya pada diri. Belumkah dihafal doa2 itu … Hari ini, I memerhatikannya dengan pandangan yang lain. I nampak ‘ringan’ pada sanubarinya di awal2 waktu begini. I membaca perwatakkan insan istimewa ini sebagai orang yang tidak berdosa. Sebab dia bersahaja saja pada membaca doa2nya. ...

hanya kepada Allah, hebat ayat ini

Bismillah Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan. (11:123) Surah Hud, ayat 123. ayat terakhir dalam surah ini … ayat ini mententeramkan hati pembacanya, kerana dia maklum bahawa Allah SWT itu mengetahui segala kebaikan, amalan dan perkataan hatinya yang mulia. Ayat ini, mengasyikkan seorang hamba untuk menyerah bulat kepada Allah SWT. Dia merasakan manis dalam sujud dan rukuknya kerana dia yakin Allah memerlihara dan mencukupkan untuknya. Damai … dia nampak dua kebun yang dijanjikan Allah untuknya, dia Nampak taman syurga, dia menyaksikan air sungai yang mengalir sejuk dan dia juga merasakan air hidangan yang manis tetapi tidak memabukkan Sekali lagi membaca ayat ini, tiba-tiba hati jadi gerun. Merasa takut dan cemas mencengkam dalam dada. Sakit perutnya memikirka...