Bismillah Lately I selalu mengingatkan diri I sendiri – bahawa; I akan mati … dan mungkin lagi dua hari setengah. FYI – setiap pagi I akan menjalani aktiviti berenang dan antara pemandangan wajib ialah masjid dan tanah perkuburan. Pada masa2 yang I berhenti seketika, rehat. I akan perhatikan tapak2 kubur yang baru. Selalu juga mengira2 lokasi kubur sendiri. Bila ingat mati ni, akan terkenang pula amalan yang tak seberapa pada diri sendiri. Sambil berenang semula – mengarang2 pula apakah amalan yang hendak ditingkatkan. Apa pula amal yang tidak molek yang hendak ditinggalkan. Sesekali terlihat juga waris yang menziarahi kubur, resam orang kita – membaca ayat2 al quran. Pada kejauhan pemandangan I – tidak boleh dipastikan apakah bacaan mereka. Mungkin Surah Yasin sebab surah yang hebat itu selalunya ada dibukukan. Tidaklah payah untuk membawa senaskah Quran. Masa itu juga, I akan berdoa – janganlah anak cucu I nanti baca Quran di kubur, sedih...