bismillah ... semalam migraine, seharian. Yang memotivasikan untuk bangun pagi tadi hanyalah kerana I berjanji boleh tidur semula selepas solat subuh - dan, selalunya bila sakit - I minta Allah bagi hadiah kerana I sabar menjalani sakit (kononnya). Alhamdulillah, kerana sifat kasih Allah itu melebihi daripada apapun maka, sebagai hadiah yang I nampak ialah ayat 142 surah An Nisa yang singgah pada bacaan pagi tadi. Verily, the hypocrites seek to deceive Allâh, but it is He Who deceives them. And when they stand up for As-Salât (the prayer), they stand with laziness and to be seen of men, and they do not remember Allâh but little. (4:142) maka, hari ini - I minta ampun banyak-banyak kerana I lah orang yang solat tetapi lalai. I tahu bahawa solat itu adalah ibadah yang sangat amazing, I maklum tentang kelebihan rukuk dan sujud ... ehem, I yang juga mengajar tentang solat. I faham apa yang baca dalam solat tetapi I jugalah yang ke sana dan ke mari dalam solat....