Bismillah Selamat petang dan selamat menyambut Ramadan … dua tiga orang yang sempat jumpa dan bercerita tentang Ramadan, mengharapkan Ramadan kali ini special, atau terbaik. Tetapi siang tadi, bila I singgah ke Kipmart (pasar) … ampun ya Allah. Trolley sudah habis, eh … ramainya orang ke pasar? Bukankah bulan Ramadan ini bulan untuk berpuasa? Maksudnya – tidak boleh makan atau kurang makan, bukannya untuk makan2. Hiss … I pergi pasar sebab nak beli buah – buat buah tangan untuk nak ziarah, keluarga di Taib Andak. Nak hantar sikit kurma … tanda kasih sayang sempena Ramadan yang penuh keberkatan ini … agaknya semua orang pun macam tu lak kot. Nak memerlihara hubungan sesama insan kannn … Ramadan kali ini - harapan I, untuk ada hubungan yang lebih baik dengan Al Quran. Dah selalu belajar … kali ini, nak duduk diam2 dan berinteraksi dengan Al Quran. Pertama; I ingat nak simpan remote control TV ni dalam laci supaya tidak mudah di capai tangan....