Disember ... "Jemputan Majlis Perkahwinan" Dulu, masa I kecil2 ... selalu wonder mengapa Arwah Abah tidak suka menghadiri majlis keramaian, dia sentiasa menolak walaupun tidak pernah menghalangi kami (mak dan anak2nya) untuk memenuhi jemputan orang. lama sudah abah meninggal dunia dan hal tersebut pun sudah lama luput dalam ingatan kebelakangan ini, setelah berusia hampir separuh abad ini - dalam diam I perasan rupanya I mewarisi Arwah Abah bab jemputan majlis perkahwinan ini. Mungkin atas alasan yang sama ... I tak tau, sebab I tak pernah sempat nak tanya dia dan dulu kita beranggapan bahawa beliau tidak suka bercampur dengan orang ramai. bagi diri I pula ... 1. I tak tau macamana I nak 'greet' tuan rumah - patutkah I ucapkan tahniah kepada tuan rumah yang telah bersusah payah untuk memperagakan anak gadisnya dengan tudung singkat dan baju ketat? yang mana sebenarnya I rasa kesian kepadanya. tetapi kalau I pula hendak menegur, tentulah di situ bukan temp...