Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2015

Berdoa

Bismillah Lama dia senyap, tiada panggilan telefon, tiada Wassap … hmmm, kawan yang satu ini hilang lagi. I ada juga jenis-jenis kawan yang tiba-tiba ghaib. Tiba-tiba pagi tu … ada panggilan daripada luar Negara (nombor id'nya panjang) – Oh rupanya diam-diam kawan ini sudah tiba ke Tanah Suci, dan lagi tiga hari dah nak balik. Cerita punya cerita – kawan kita ada sedikit crisis rumah tangga. Maka dibawalah diri untuk umrah, untuk dapatkan aura maximum positif dan memanjangkan doa. I ni, duduk di atas sejadah. Baru lepas memberi salam, rasa terkedu dalam hati – doa I dalam solat tadi tidak berkesankah? Kerana I berdoa di bumi bertuah Malaysia dan bukan di tanah suci Makkah. Selalu juga I dengar cerita – kawan I juga, maklum orang berada – mak dia sakit. So dia bawa pergi umrah juga, mak teringin nak ke sana walaupun doctor tidak menyokong tindakan tersebut kerana merbahayakan kesihatan bondanya. Ada juga yang berniaga tidak berapa nak untung – pergi umrah juga, manalah tau ...